KRM The Best ! :)





Bismillahhirohmanirohim, alhamdulilah bertemu lagi kita di mlm yang indah ni. Aku da selamat sampai Penang pkul 4 tadi. Seronok sangad-sangad. Semua sporting. Apa-apa pon memang terbaik la! Jom kita korek sikit story the morry aku di KRB PERASA Autocamp!

First day, kami smua diberi kumpulan masing-masing. Kumpulan aku ada 16 orang. Dan nombor kumpulan 16. Senang je nak ingat :D. Bukan 16 ja, nama betul dia ialah --> CEMPEDAK! <-- Time tu, segala jenis aktiviti ada, tapi kebanyakkannya psal sorak-sorak kumpulan, semangat dalam kumpulan, penari paling best, mcm tu la. Setiap aktivi smua ada markah. Hari tu, kami dapat tempat first ! Syok terkira kitorang. Thanks to Ketua Kumpulan Kami. (KKK) ! Dia yang banyak sumbang tenaga dan idea dan tadi dia dapat pingat "Best of The Best". Jeles kami :/

Second day, setiap kumpulan kna buad kuiz. Kuiz ni mengikut nama kumpulan. Semua kumpulan dapat nama-nama pokok je. So, smua kumpulan mesty buad 1 pokok diorang menggunakan seorang ahli. Make Up dia sampai iras-iras pokok kumpulan. Abes daun-daun tergantung kat baju diorang. Then, ahli-ahli yang lain semua kena pi kat pokok kumpulan lain dan tanya fungsi dan kegunaan pokok kumpulan tu. Jawapan smua kna tulis atas kertas kuiz yang Fasilitator bagi. Enjoy gila waktu tu, kat sana, semua sporting. Kalau kena panggil kat depan, semua kalut nk p. Takda pon yang malu-malu. Then mlm tu plak, Ada tarian tradisional. Kumpulan kami dapat KUDA KEPANG. Yang ada cuma Kuda Kepang, Tarian Naga, Wau, and Wayang Kulit. Semua bahan-bahan kena buad sendiri. Kami kena buad kuda je :) Colourful gitu ~
Markah kami yang paling tinggi dalam tu. Tapi ada kumpulan lain markah banyak sebab dapat bonus sebab masok dewan selalu awal. :'/

Third day, Semua kena masok hutan! Kami start masok hutan pukul 2-3 mcm tu la. Setiap kumpulan ada 1 anggota PDRM yg dijemput. Tapi kumpulan kami ada 2 orang! Bnyak pokok duri kat dlm tu. Lepas da sampai satu tempat tu, kami kena solat dan MASAK. Mcm mna nak solat? Sejadah tak ada. Last-last kami guna daun besar-besar untuk lapik kepala bila sujud. Nasib baik aku bawak "Key". Lepas da masak smua, kami pon makan. Nasi dengan sardin je. Tu pon ada lebih. Mlm tu plak, time anggota PDRM tu nak balik, Kami kena nyanyi lagu, bagi kad, sebagai tanda terima kasih. Kek pon ada. Semua nyanyi lagu "Gemuruh".  Kami semua panggil diorang "daddy". Rancak gilaa la! time dok syok-2 ngan anggota PDRM tu, tiba-tiba dia story psal diri dia. Masa kecik dulu dia dok rumah anak yatim, dia tak kawen, Takda anak. Kiranya malam tu malam bersejarah bagi dia la dapat kasih-sayang anak-2 buah. Ada yang nanges dengar cita tu. ( kumpulan kami je ). Lepas dah abes lagu-2 tu smua, Kami snap ramai-2. Possing sakan! Ada sorang kawan aku tu ternampak anggota PDRM tu lap air mata dia. Mesti dia terharu. Then, lepas dah snap, dia bagi 1 "Sneeker". Sedaapp! Thanks daddy. :')

Last day, semua ready nak balik. Kira-kira pkul 11 camtu, Majlis penutup dijalankan. Sebelum tu, setiap kumpulan kena hantar sorang wakil untuk bagi ucapan. Wakil kami ialah Izzati. Dia story sikit psal anggota PDRM tu. Sedih la :'/ Last-last tu, ada hadiah untuk Winner markah paling banyak. Kami dapat tmpat ke-3. Tapi hadiah dia sampai 2 saja. Kami kalah pon sebab markah Masuk Hutan tu sikit. yang lain smua beratus-ribu, kamu cuma 160 ribu je. Tapi takpa lah. sekurang-kurang dpat experience baru.

Banyak lagi cerita, sambung esok je la. Sudah malemm.. Mau tido! Babai ~
             Sekian, Terima Kasih for reading! 

No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.

PAUSE HERE