Doodle is art, art is doodle



Harini tak dapat onl lama-lama sebab sharing lappy with my sises. Malam ni, nantikan doodle GIF terbaru aku. hehehhehehehhehe. before that, lets vroom vroom with me ~

Hover status box yang ada tulis 'YAYA' kat tepi blog untuk maklumat lanjut.



Dear diary ...



Assalamualaikum. dan hai. *lambai* Hoho harini hari yang sangat best! Ohsem! Bukan harini je, hari-hari sebelum ni pun best gak. Kenapa best ? haha, sejak terbukanya tempahan edit blog, berduyun datang. Cewah mengarut sudah. Actually aku dah ada tiga penempah edit blog. Dan sekarang duit topup makin bertambah sampai dapat minit bonus. Hahahhahahah! First time ada topup dua puluh lebih. Terima kasih cause tempah dengan aku. aku amat mengahargainya. *lap air mata*

Dan harini paling best sebab aku baru dapat tau yang aku ... terpilih sebagai pemenang ketiga dalam Contest Blog Cun Melecun by Ika & Ayu ! Memula tu aku taktau lagi pasal ni. Macam mana aku boleh tau ? Tadi lepas edit blog penempah ketiga, aku terus check blog. Terkezut gila bila tengok Pageviews bertambah hingga ke tiga ratus. Sebelum ni paling banyak dua ratus lebih je. Then dengan kemusykilan, aku check Traffic Sources. Naik satu link baru yang mana aku langsung tak tau dari mana dia mai. haha :p

Aku pon try check. Scroll and scroll, tetiba nampak tajuk "Pemenang bla bla". Ish pehal dup dap dup dap ni ? Dan baru la aku nampak link aku kat situ. Hahaha, dapat number tiga. Alhamdulilah. Nak tau tak hadiahnya apa ? jengjengjeng - A wrislet from Butik Chinta Zulaikha, A shawl from Butterflies Melody dan Topup RM5. Aaaaaaaa macam nak jerit je tambah-tambah lagi bila tau apa tu wrislet. Kegedikan mula melanda. Abaikan :p

This is the most best thing! Ahad ni nak pegi holidayyy ! Ke mana ? cer teka. Yes, ke Paris! Wowww, saat yang didambakan. Tak sangka akhirnya dapat jugak pegi sana. Bertahun menanti. Tak sabar nak p ! K dah stop berangan. Takde maknanya nak p Paris. Kalau kau orang settle takpa la jugak. Haha, jangan percaya semua yang tertulis dalam perenggan ni.

Actually cuma bercuti kat KL je. Kandang lembu ? Haha, Kuala Lumpur. Ibu negari Malaysia. Abah ada kursus kat sana dua hari. Then dia ambik cuti lagi tiga hari. Jadi kami p sana 5 hari ! Tak sabar eden. Dah rancang nanti nak pegi I-city. Dengar cerita kat sana ada water apa ntah. Ada Snowwalk. Betul ke ? Haha, lima hari untuk merehatkan minda dari terus menghadap blog. Dan segala tempahan sama ada doodle atau edit blog akan ditutup buat sementara waktu sehingga aku kembali ke tanah air. haha :p 

Baru teringat minit bunos aku dah tamat tempoh. Waaaaaaa, *cedih*. Dan masih ada doodle yang di request aku tak buat lagi. Penat nyaaaaaaa ~ ni lah padahnya terjebak dalam dunia blogger. Assalamualaikum ...

Keajaiban peperangan di Gaza



Keajaiban peperangan di Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!


Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Saya bukan orang Syria, bukan orang Palestin. Tapi saya orang Islam. Ada saudara Islam di sana memerlukan kita semua. Tolong mereka walaupun hanya dengan doa.

"Ya Allah ya rahman ya karim ya mukmin ya jabar ya amin , selamatkan saudara-saudara islam ku di gaza dripada israel laknatullah.. kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil aqsa di sana"

Dear diary ..



Sayonara, amigos. haha ntah apa aku merepek meraban. Start again, Assalamualaikum. hehe, yea ekceli aku tak nak update pon harini. Takde idea yang bertandang di otak. Then, tadi aku check cbox. Dalam 2 hari tak check, dah berbakul-bakul link kat situ. Haha, sorrie cause baru je tengok tadi. Tepat jam 12 setengah pagi. huhu. But dont worry, just be happy cause aku dah follow semua. Haha smile please. 

Then tak sangka ada jugak yang nak exchange link ngan aku. hukhuk, sadisnya. Tu pon nak kecoh ke ? ah what-so-ever la. Blog aku suka hati jiwa raga aku lah nak buat papa pon. Dan, masih ada ke orang nak exchange link ? Cepat-cepat tempat terhad ni. 

Tau la blog korang lagi tinggi. Tapi jangan la kutuk.

Apa yang buat aku nak sangat update harini ialah pasal trafik blog ni dah makin meningkat. yuhuuu *lompat jap* Bila fikir-fikir balik, apa yang aku buat sampai trafik naik mencanak tinggii ? Oh yes. Pasal jangkaan Pru13 tu ke ? 

Tahniah, tekaan anda berjaya. Eh bukan anda, tapi saya.

Tapi semalam je pon. Harini tak dah. Dan thanks to blogger kiut miut, Anis Farhana sebab dah promote blog usang lagi comel ni. Sebab dia la, ramai yang menjenguk blog eden. hoho. Bukti ?

Jemput tengok blog special to sekali.


Haurmmm, k sekarang aku banyak update pasal agama. Sebab dah niat nak berhijrah. Alhamdulilah tak ada apa yang menghalang sekrang ni. So kalau nak tau update-2 pasal agama, boleh teruss ke stuff wa. Dipersilakan share, pastikan credit ada sekali. Aummmm, mengantuk sudah. baru perasan dah pukul 1 pagi. okay peace. selamat malam. Assalamualaikum.
Dari segi bahasa, hijrah bermaksud perpindahan satu tempat ke tempat lain. Dari segi syarak, hijrah bermaksud berubahan ke arah kebaikan. :)


Percakapan antara Rasul dan Iblis



✽Mari bersama kita menyimak cerita dibawah ini✽ 

Percakapan antara Rasul & iblis ...

Rosulullah (R) bertanya: “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak shalat?” 

Iblis (I) menjawab: “aku merasa panas dingin dan gemetar”
R: “kenapa?”
I: “Sebab setiap seorang hamba besujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat” 
R: “jika seorang umatku berpuasa?”
I: “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
R: “jika ia berhaji?”
I: “aku seperti orang gila” 
R: “jika ia membaca Al-Quran?”
I: “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
R: “jika ia bersedekah?”
I: “itu sama saja org tsb m'belah tubuhku dgn gergaji” 
R: “mengapa bisa begitu?“
I: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :



1. Keberkahan dlm hartanya.
2. Hidupnya disukai.
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka.
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.


R: “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”

I: “suara kuda perang di jalan Allah.”
R: “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
I: “taubat org yg bertaubat”
R: “apa yg dpt membakar hatimu?” 
I: “istigfar di waktu siang & malam”
R: “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
I: “sedekah yg diam2”
R: “apa yg dpt menusuk matamu?”
I: “shalat fajar”
R: “apa yg dpt memukul kepalamu?”
I: “shalat berjamaah”
R: “apa yg paling mengganggumu”
I: “majlis para ulama”
R: “bagaimana cara makanmu?”
I: “dengan tangan kiri dan jariku”
R: “dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?” 
I: “dibawah kuku manusia”
R: “siapa temanmu wahai iblis?”
I: “pezina”
R: “siapa teman tidurmu?”
I: “pemabuk”
R: “siapa tamumu?” 
I: “pencuri”
R: “siapa utusanmu?”
I: “tukang sihir (dukun)”
R: “apa yg membuatmu gembira?”
I: “bersumpah dgn cerai” 
R: “siapa kekasihmu?”
I: “org yg meninggalkan Sholat Jum'at”
R: “siapa manusia yg paling membahagiakanmu ?"
I: “org yg meninggalkan shalatnya dgn sengaja” 

Dah diwarnakan supaya tak pening nak baca. Semoga bermanfaat :)




Megan Nicole



Hellloooo, how are youu? Today aku nak share sikit singer cutee nih. Suara pon cute macam tuannye. Mula 'kenal' dia kat Twitter. Ada orang share cover dia. Aku try dengar, then tetiba minat dia pulak. ehehe. Maybe dia lama terkenal, maklumla aku baru je kenal dia. huhu. Lagu blog ni pon her song.
Just call me beautiful, call me b e a u tiful :)

So jom dengar lagu dia. hehe. Lagu What make you beautiful - One Direction yg dia cover mmg syok giloss. Comel & funny. haha. Enjoy ;)

Tengok sampai habis. Mesti korang gelak punya. Paling kurang pon senyum. hehe.

More ?
The One That Got Away- Katy Perry (cover) Megan Nicole 
You Da One - Rihanna (cover) Megan Nicole 
Part of me - Katy Perri (cover) Megan Nicole 
Domino - Jessie J (cover) Megan Nicole & Tyler Ward 
Nak lagi ? cari sendiri. hehe. Enjoy :)
 

Surat layang dari Allah



Surat layang dari Allah S.W.T
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu
Dan berharap engkau akan berbicara kepadaKU,
Walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepadaKU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadidalam hidupmu
hari ini atau kelmarin
Tapi AKU melihat engkau begitu sibuk
Mempersiapkan diri untuk pergi bekerja.
AKU kembali menanti saat kau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu
sibuk…

Di satu tempat engkau duduk di sebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apa pun.
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu,
AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU, tetapi
engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman
untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari..
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu padaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
Sekeliling,mungkin engkau berasa malu untuk
berbicara kepadaKU,itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu…

engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rezqi yang AKU berikan,tetapi
engkau tidak melakukannya.. masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engakau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau
pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus engkau kerjakan…

Setelah tugasmu selesai,engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
di depannya,tanpa memikirkan apa pun dan hanya
menikmati acara yang ditampilkan..,
kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi.
kembali engkau tidak berbicara kepadaKU..

Saat tidur,KU fikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu,kau melompat ke tempat tidur dan
tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut…,

engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir
untukmu..
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sedari...
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain...
AKU sangat menyayangimu,,setiap hari AKU
menantikan sepatah kata,doa,fikiran atau
syukur dari hatimu…
Keesokan harinya… engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa
hari ini kau akan memberiKU sedikit waktu untuk
menyapaKU … tapi yang KU tunggu… tak
kunjung tiba… tak juga kau menyapaKU…

SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYA’ dan
SUBUH kembali. kau masih mengacuhkan AKU…tak ada
sepatah kata,,tak ada seucap doa,,,dan tak ada rasa..
tak ada harapan dan tak ada keinginan untuk
bersujud kepadaKU…

Apa salahKU padamu ..wahai HAMBAKU ?
Rezqi yang AKU limpahkan, kesihatan yang AKU berikan,
Harta yang AKU relakan, makanan yang AKU
hidangkan, anak-anak yang AKU rahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat KEPADAKU ?

Percayalah AKU sentiasa mengasihimu, dan AKU
Tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU,
Memohon perlindunganKU,
bersujud menghadapKU…


"Be content with what what Allah has given to you, and you will be the richest of people"



Antara kesalahan bloggers



Assalamualaikum, and hi. well today aku nak buat isu panas sikitt. Ni antara kesalahan-kesalahan korang mengedit blog yang boleh buat orang tak suka termasuk la aku. Before that, minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau yang terasa. Yela, benda ni lahir dari hati yang ikhlas penulis di sini. Sebagai renungan bersama, dan fikir-fikirkan la. Kekadang benda ni tak terucap dek blogger yang lain. 

'Disable right click'
Ni yang paling penting. Yela, mesti banyak widget-widget korang yang 'berharga' dan taknak dikongsi. Tapi apa gunanya letak bende tu? Kalau dah taknak dicopy atau dicuri, simpan je la bende tu. Sesetengah blogger ( macam aku ni ) yang tengah cari tuto then terjumpa korang punya. Bila nak right click to copy je, keluar la alert-alert mesej. Menyusahkan tauuuk!

'Disable highlight'
Kalau dah macam ni macam mana nak ikut tuto korang yang sememangnya banyak code untuk dicopy? Sebagai contoh, korang bagi satu link. Link yang tak berlink. Means macam kena highlight + copy. Macam manaaaa nk click link tu?

Lagu yang rock!
Ni yang paling benci ni. Sometimes bila kita blogwalking, mesti buka banyak-banyak blog right ? Then tetiba terbuka blog yang lagu ntah papa. Button pause pon ntah ke mana hilangnya. ( tu pon kalau dah terbentang depan mata ) Apa yg korang nak buad ? For sure, lebih baik guna lagu yang tenang. Bila orang masok, takda la berserabut.

Blog effect
Means macam falling object, cursor bubble or something like that. Tak salah letak bende tu. Cuma jangan la melebih. Dah ada falling 'big object', ada lagi cursor bubble. 

Button penting yang menyorok
Sometimes bila nak blog kemas, itu ini nak sorok. Contohnya button follow, button pause music. Hati tengah berbunga-bunga nak follow, tengok-tengok widget follow takda. Okay byebye.

Lembab & berat
Actually ni tanpa kesedaran kita. So rajin-rajin la timbang blog korang ye. Buang la widgets yang tak guna tu. huhu ~

Tu je kot. hehe. Janganlah terasa dan merasa. Aku just nak share ketidakpuasan hati ni je. Renung-renung kan laa ..





Happy entryy !



Bismillahhirohmanirrohim. Ehem ehem. Hehee. Today aku nak share good news yang aku dapat sekarang ni. Ohsem! First of all, dulu bulan september aku ada menang Eyes shadow from satu contest maybe, and aku dah contact sponsor tu. Sekarang dah November, baru dia balas. Minta detail semua. Ingat tamau bagi dah. tak batak pon. lol. Papa pon, thankss a lot. 

Second, semalam dalam pukul dua belas setengah camtu, aku check list contest yang aku dah join. Even masa tu aku dah mengantuk tahap gaban, hati aku bergerak nak check jugak. Then, alhamdulilah menang satu Giveaway by Kak Eyna Lolipop. Kemain lagi dia bagitauu eden. haha. Pashmina and brooch! Oh can't wait for it. 

Third, sekarang followers blog ni dah makin meningkat. Dalam dua bulan, dapat dua ratus followers. Berkat segmen-segmen yang aku join. Haha, dan sekarang dah cukup 500 followers. Happy gilaa. Dan orang yg ke lima ratus tu adalah Maisara Rahim. Thanks a lot, to others followers. Tanpa korang, Maisara tak dapat jadi yang ke-500 tuu. hehe.


Fourth, tadi lepas isi borang PMR kat school, tetiba cikgu bagitau result final exam. Sentap jugak la masa tu. Mula-mula Balqis dulu. Eh tak payah cakap la, kompom numb one. Then Fathin. Berminit-minit jugak la cikgu ni buad suspen. At the end, cikgu bagitau dia dapat numb lima. Oh god. Kalau dia numb lima, aku apatah lagi. T^T. Tibalah turn aku. Dup dap dup dap.

Time tu aku tengah pegang pen. Main-main pen tu. Then bila cikgu cakap .. number .. three. Pap! Patah pen tu. Perghh, terkezutt eden. Betul ke betul ke ? Padahal baru semalam aku update pasal result aku yang makin merosot. Bertahun lamanya nak jadi top three. Hukhuk, alhamdulilah. Ganasnya aku sampai patah pen tu. ahakss ~

Life is all about chance. Sometimes it's painful & sometimes it's beautiful. But most of the time, it's both ♥





Dear diary ..



Assalamualaikum. Hyeep. Todayy .. aku sangat free. Dan tak tau nak buat apa. Tadi aku ada cipta satu blockquote yang simple. Nak buat lagi takda mood. Nak cipta navigation, takda idea. Hm, tadi time aku blogwalking, terjumpa cerita Aku terima nikahnya. Tapi kena tunggu sampai habis load. Boleh la tahan, sedih siot.

Baru-baru ni aku check result final exam aku. Sangat mengecewakan. uhukss. Kenapa la math ni existt ha ? Disebabkan satu subjek tu, aku dapat title 'failed'. Oh sheet. T_T Dan, agak sedih jugak because harini ialah hari isnin terakhir persekolahan for 2012. Lepass ni, say byebye to sesi petang. Pangkat form 3 ? grr. Macam mana nak berdepan dengan cikgu garang sesi pagi nih ? Dan yang paling seram, PMR ! Dulu time darjah 6, kononnya kami la batch terakhir UPSR. Dan sekarang form 3, kami la batch terakhir PMR. Oh no.

Tapi sekarang yg paling aku selalu fikir, ialah .. pasal relayy aku. uhukks. Kami akann berpisah, maybe untuk selama-lamanyaaa. Berbatu jauhnya. Kalau nak jumpa, kena naik flight. Tak boleh drive. Kena tahan rindu.  Tahun depan, punya depan, dia datang penang balik. Bertahunnn lamanya! T_T  Dia nak pindah, jauh sangat. Penang to Sarawak. 

Everyday aku selalu berangan, kononnya nak date. Tapi dah akhir tahun. Sekarang cuma tinggal 4 hari untuk kami jumpa. Tu pon dekat sekolah je. Jumpa pon, tak penah nak cakap. Tu la kelemahan kami. Bila dia dah pegi, tak boleh jumpa dah. Facebook je la penghubung kami. Tak pon texting. Tapi orang kata, ehem. 'Orang tweeter' kata, jarak jauh ni lebih baik. Well, i just cant imagine it. 












Nothing!



Assalamualaikum for muslim, and hi for non muslim. Seperti yang telah dimaklumkan dulu *cehh, aku nak buat satu segmen doodle, yang mana segmen ni just macam komik-komik hasil lukisan aku. hehhee, bukan segmen yang kena join-join tu ye. Actually, aku saja buat bende ni, sebab everyday aku onl just check status kat fb, tweet pon tak selalu. Kekadang boring melanda. Aku tak berniat pon nak buad harini. Tapi tadi terjumpa tumblr yang penuh dengan doodle comel-2, semangat nak buat membuak-buak. *cehh! Start cuti akhir tahun 2012, aku nak renovate blog ni. Edit habis-habisan sampai jadi kawaii. Tak sabar denn .

Nantikan entry yang seterusnya :D

* Jangan baca entry ni *





Hukum minat Artis & Pelakon Korea.



Apakah hukumnya kalau kita menyukai hero, heroin dan percintaan dalam drama Korea ?

Kita perlu membezakan antara suka, minat dan sayang. Secara fitrahnya semua orang suka melihat perempuan cantik dan pemuda yang kacak. Kerana ini adalah fitrah manusia sukakan sesuatu yang elok dan bagus. Rasa sayang terhasil apabila rasa suka didorong dengan maklumat yang menguatkan minat, wujudlah rasa sayang yang kuat terhadap seseorang. 

Kita perlu memahami bahawa hiburan tidak dilarang dalam islam. Namun, di sana batasan yang telah digariskan oleh syarak dalam berhibur. Adakalanya drama Korea itu mengajarkan semangat sepasukan, kerjasama dan juga yang lain-lain. Malangnya, kebanyakkan drama Korea tidak mempunyai nilai yang cukup untuk mendidik kerana ia dihasilkan oleh orang bukan islam.

Hukum menonton drama Korea adalah sama hukumnya menonton drama lain. Jika ada pendedahan aurat dan perlanggaran batas syariat, maka ia adalah dosa. Jika diteruskan menonton, seolah-olah kita berterusan membuat dosa-dosa kecil. Orang yang menzalimi dosa kecil ditakuti akan mati dalam Su'ul Khatimah ( kematian yang buruk ). Na'uzubillah. 

Bagi peminat yang menzalimi drama korea mahupun bollywood, maka dia perlu berhati-hati kerana boleh membawa kepada minat dan sayang kepada artis yang jelas bukan beragama islam. Seandainya kita suka dan bersetuju dengan perbuatan mereka seperti tidak menutup aurat, bersentuhan kulit, meminum arak, bercumbu dan sebagainya, kita seolah-olah bersubahat dengan dosa tersebut. Haram hukumnya, dan berdosa.

Apabila muncul rasa sayang kepada artis sebegini, maka disitu berlaku perlanggaran sempadan syariah secara jelas. Nabi SAW bersabda "Seseorang itu akan dihimpunkan di akhirat bersama orang yang disayanginya". Jadi, jika kita mencintai orang bukan islam, bererti tempat kita bersama orang bukan islam. Secara tidak sedar, sebenarnya orang yang mencintai artis adalah orang yang telah mencemarkan martabat cinta Rasulullah SAW. 

"Tidak sempurna imam seseorang kamu sehingga dia mencintai aku lebih daripada ibubapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya".

*Mesti ramai yang meminati korea-korea ni kan? Ada batasannya juga :) chill.