Random.



Assalamualaikum dan selamat petang. Ada apa-apa yang best tak korang alami harini? Hm, aku. Best memang lah best. Happening. Tapi ....... sad ending. Serius stress gila sampai nak keluar makan pon taknak. Even perut dah buat live konsert dah ni. Sobsobs *wipe tears*

Harini ada sambutan hari guru. Semua sesi petang datang ke sesi pagi. Time rehat memang penuh gila lah but luckily kelas aku dekat dengan kantin so memang sempatlah nak sep tempat. lol. Lepas rehat terus ke dewan and tunggu sambutan bermula. lol. Lastly cikgu-cikgu pon masuk ikut pintu besar kat tengah-tengah dewan diiringi bunga manggar. Ser takleh blah XD k jahat. Oh that moment bila cikgu faiz jalan kat tengah tu, maybe ada budak perempuan form4 panggil dia and tetiba dia waving. lol k very funny. Weirdos. Then cikgu-cikgu naik atas pentas, nyanyi ramai-ramai lagu yang dah berkurun lama, atau kuno. haha

Then ada ceramah sikit, pastu permainan untuk cikgu-cikgu. Ahh kay boring. aku malas nak ceghita. Direct to klimaks, time tengah seronok tengok cikgu lawan badminton, nuur ajak pergi toilet. Pastu terjumpa cikgu wati, dia sruh pergi bilik guru bla bla bla. of course ah penat. Sekolah atas bukit. Naik turun tangga habis. Sampai depan dewan, ternampak dia main gitar dan dikelilingi oleh manusia yang bergelar perempuan. ugh.

Tibalah penyampaian hadiah utk pemenang, untuk cikgu pratikal and utk cikgu yang sambut birthday bulan 5. Baru dapat tau birthday cikgu tu esok. haha memang dah lama nak korek pasal ni. Esok cuti, so tak bolehlah nak wish. Sorry cikgu. Happy Belated Birthday ;)

Ada tarian, ada nasyid, ada persembahan band sekolah. Ni yang melambatkan time balik. Luckily pakcik datang awal, kalau tak memang lama lah aku bertapa kat sekolah -.- Sampai rumah, check camera kakak. Perghh gambar panas. Hmm, nevermind. It's time for me to forget him. haha ayat pasrah. Tapi ntah kenapa sejak aku tau esok birthday cikgu hinggalah ke part yg ternampak gmbar tu, aku rasa stress gila. Cam nak ketuk kepala kat dinding pon ada. Sekarang dok rumah sorang-sorang, layan perasaan. Nak shopping pon dah takda mood. Hilang berterbangan. Esok nak pergi Melaka, empat hari. Selamat tinggal dunia Penang. *waving* bye.



Today.



Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah masih boleh mencoret lagi diari kehidupan aku dekat satu-satunya blog usang aku ni. act ada lagi. wahahaha. okay direct to the story, harini Fathin tak datang sekolah. Sobsobs *wipe tears* So aku dok sorang-sorang jelah tadi dalam kelas. Tapi takde lah belajar sangat pon tadi. Lepas perhimpunan ringkas harian, kami semua kena dengar ceramah yang bertajuk 'Cinta Remaja'. Bunyi macam tulah. Aku pon lupa tajuk realnya. lol

Bila dengar the word 'cinta', pakat segar bugar telinga mata hidung, semangat nak dengar. Padahal memula tu dah merungut macam-macam. Memang best ah ceramah ni. Jarang ada ceramah 2 jam yang aku join yang boleh bikin orang nangis. Wuhuhu, awal-awal lagi dah tayang pasal pembentukan baby dalam perut then sampai part video operation baby tu of course ah ada jejaka idaman yang nangis. haha adalah beberapa orang yang tunduk, cakap dalam hati 'jangan nangis woi jangan, malu weh malu!' manalah nak tau kan? *angkat-angkat kening*

Time tu memang air mata dah bertakung. Tapi tahan jugak. Lastly dekat video sorang ahli sukan krem kaki masa tengah lari, then ayah dia datang tolong, time tulah air mata aku hampir menitis. lol diulangi, hampir! Straight to section yang lain, banyak jugaklah yang penceramah tu ceghita. Tapi yang buat aku insaf sikit, dekat part pasal firman Allah s.w.t  and part sumpah syaitan semua tu. Hee, tapi that moment bila penceramah pasang lagu Laskar Pelangi and beliau suruh nyanyi kuat-kuat, tapi volume nya tak tinggi-tinggi pon. haha siap mention nama sekolah lain nyanyi kuat-kuat. grr tak makan saman betul.
But satu moment yang agak ... bila penceramah tu kata bateri microphone low, cikgu cikgu dalam dewan tu buat dont know je. Banyak kali dia ulang. Lastly, aiman form3 yang tolong penceramah tu. Hmm. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi. muehehehe. 

Harini kami rehat lambat cause ceramah tu habis lambat. Terpaksa rehat sekali dengan form4 and setengah form5. Masuk kelas, time math. Memang otak krem gilalah nak study. Luckily cikgu suruh dok dalam group masing-masing yang dah ditentukan untuk kelas tambahan cuti penggal pertama ni. Arghh kami nak cuti! okay back to the story, aku dapat group dengan geng-geng pandai. Mun cheng, Tasya, Syazrinah. Dah ah aku sorang ja yang tak reti math dalam group tuhh. Aaaaa cam nak nangis je bila tengok semua fokes buat math. Apa aku boleh buat? Takda fathin nak tolong. 

But luckily Mun Cheng agak ngam dengan aku. Dia tengok aku senyap ja. Kejap toleh kiri kanan depan belakang. Tak tanya langsung soalan apa yang aku taktau kat dia. Padahal dia tau sangat yang aku memang selalu fail math. Ops! haha tapi tapi tapi, PPT kali ni aku lulus! weheeee! Then, aku cover lah sikit tengah cari-cari barang dalam beg, then terus tanya dia semua soalan sekali gus. Satu per satu soalan dia ajar sehinggalah soalan ke enam tak silap, aku dah boleh buat sendiri. Dia kata aku reti, cuma malas nak buat kira-kira. Lol ya ka? I dont think so. Sebab apa? Sebab aku benci math.

Sapa tak seronok kan bila kita boleh jawap soalan math dengan senang padahal memang kita tak paham pada mulanya? Haha time seronok buat tulah cikgu nak keluar. geram k geram. Time pendidikan Islam, ustaz bahagikan group untuk Gempur GPS (kelas tambahan cuti penggal tu lah). Disebabkan exam awal tahun dulu aku dapat A, so ustaz lantik aku jadi guru mudaaa a.k.a ketua kumpulan. Seronok ah bila dapat jadi kan? Subjek lain tak dapat. At least dapat jadi satu ni pon syukur ah. Alhamdulillah.


Memang urusan bahagi group ni dibantu oleh pelajar yang turut menyibukkan diri. Ada yang nak tukar, ada yang membantah. Last last ustaz belitiaq. Haha lagipun ustaz Izzul sporting, nak beletiaq 'tera' mana pon masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Muahahahhahaha! Okay the end. Thanks for reading. hee byee *waving* 

Currently missing them.

11 Things about me


Assalamualaikum. 
wehee, sekarang banyak entri pasal 11 things about me kan? Haha aku pon tunggu jugak bilalah nak kena tag ni. Now dah ditag. hehee thanks to Her :)


2. Write 11 things about yourself
 Overthinking person
 Suka explore google/ finding experience
 Suka stalk orang
 Tak makan sayur termasuk bawang
 Pendiam
 Directioner
 Rabun jauh -.-
 Anak kedua
 Agak kuat makan
 Tak suka texting/call phone
 PMR candidate 2013

3. Answers the questions the tagger set for you
1. Perkara yg paling sweet korang pernah dengar/alami sendiri?
Bila dapat tau orang yang kita suka, suka kita balik. maybe?

2.  Kalau diberi pilihan masuk matrikulasi/form 6, yg mana jadi pilihan? Alasan?
Form 6. Sebab katanya peluang nak masuk U lebih besar :)

3. Minat Najwa Latif ke Ainan Tasnim? Sebab?
Ainan Tasneem. Sebab aku sentiasa perasan yang Ainan dengan aku ada persamaan. lol

4. Apa reaksi korang bila ada sorang budak sindrom down suka giler kat korang?
Erm, tengoklah dulu cara dia suka tu macam mana.

5. Negeri yang korang belum pernah pergi?
Sabah and Sarawak.

6. Korang rasa aku patut guna aku-kau ke saya-awak bila update blog? Sebab?
Ikut keselesaanlah :)

7. Pernah ada kawan yg bajet semua dia ada or pandai buat x? cer citer.
Ofcourse lah ada. Tapi tak baiklah kutuk-kutuk dia kat sini. Kang dia stalk, kantoi habis.

8. Pandangan tentang backstabber?
Orang yang kurang kasih sayang maybe.

9. Korang stay mana? Johorean ade?
Penang. Takde.

10. Korang rasa aku ni jenis yg macam mana? Hehe.
Jenis yang tak suka jaga tepi kain orang. Lantaklah nak koyak ke apa. haha betul ke?

11. Soalan aku mencabar ke tak?
Um bolehlah bolehlah. hee

4. Create 11 questions for those you want to tag.
1. Ada crush? Berani mention nama dia kat sini?
2. Apa pandangan anda tentang haters?

3. Apakah tiga sebab yang relevan kenapa ada manusia yang tak boleh tengok orang senang?
4. Pernah rasa nak lari rumah? Why?
5. Apakah 2 keistimewaan yang korang rasa ada pada diri korang? Pujilah diri sendiri sikit.
6. Minat One Direction? Hehe Louis handsome kan? *tak minat pon, jawap jugak!*
7. Pandangan anda tentang kpop?
8. Ada tak tips atau petua untuk hilangkan eyesbag?
9. Lagu yang paling anda suka, yang sentiasa ada dalam phone, yang jarang didengar tapi tak sanggup didelete? 
10. Sebenarnya nama apa yang korang nak parents korang namakan kat korang?
11. Yakin seratus peratus soalan yang diberi ni dijawap dengan jujur? 

5. Choose 11 bloggers to be tag and link them to the post.

Okay done. Jangan tag aku balik ye. And jangan lupa tinggalkan link post korang pasal ni selepas publish di bahagian comment dibawah. Selamat menjawab. hehe

Exam.



Assalamualaikum. Harini sempat curi-curi masa utk online. hee minggu ni ialah minggu exam so nak online pon susah. Memang parents aku tak marah pon bila aku online ke study ke, tapi bagi aku bila aku asyik online je then teringat yang esok ada exam .. omg. Aku ni bukannya burung hantu cam korang yang memang selalu stay up all night. Paling lambat pon pukul 1 je. sadlife.

Aku start exam hari khamis yang lepas. First subject is sejarah. Alhamdulilah banyak preparation yang aku buat untuk perang dengan paper sejarah tu. But still, semalam cikgu kasi result dah. Cukup-cukup makan je. But alhamdulilah tak pernah lagi fail sejarah dalam seumur hidup. sobsobs *lap air mata terharu* Lagi satu ceghita, hari khamis tu cikgu faiz masuk kelas. Time tu kami tengah jawap bm paper 2. Susah gila kuasa tiga!  Even dah hafal ayat-ayat dramatis tapi ntah cemana boleh terbang berterbangan di udara. Ughh cedih.

Masa tengah jawap tu, cikgu faiz jalan satu kelas and dia tanya sapa lagi yang nak paper tambahan. Siap kata, "nak lukis ke, apa ke" lol. Cikgu cakap camtu tangan aku terasa ringan nak angkat. Bila teringat paper bm ni lagi 3 karangan tak siap lg, hmm ... *lap air mata sedih*

Keesokkan harinya, hari jumaat kami exam sivik and agama. Serius aku cakap, ni first time nama aku (atau nama yang lebih kurang dgn nama aku) masuk paper exam. lol ya memang agak ... sentap. Well, paper sivik tu cikgu faiz yang buat. Ntah-ntah dia nak sindir perli aku dengan soalan tu. puih.

And lastly, isnin ni exam geo and math. Doakan aku lulus math... sobsob *lap air mata sedih lagi* The end. Thanks bazirkan masa korang baca entry mengarut ni. bye assalamualaikumm :)


Tips for life :)



  1. Give people more than they expect and do it cheerfully. 
  2. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other. 
  3. Don't believe all what you hear, spend all you have or sleep all you want. 
  4. When you say, "I love you," mean it. 
  5. When you say, "I'm sorry," look the person in the eye. 
  6. Be engaged at least six months before you get married.
  7. Believe in love at first sight.
  8. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams don't have much. 
  9. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.
  10. In disagreements, fight fairly. No name calling. 
  11. Don't judge people by their relatives. 
  12. Talk slowly but think quickly. 
  13. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, "Why do you want to know?" 
  14. Remember that great love and great achievements involve great risk... 
  15. When you lose, don't lose the lesson 
  16. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions. 
  17. Don't let a little dispute injure a great friendship. 
  18. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it. 
  19. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice. 
  20. Spend some time alone.
Heee, stay happy :) Big credit to 



Stories.



Assalamualaikum, dan salam sejahtera. hee how are you? How's school today? muehehe, harini ada majlis persaraan pengetua di sekolah. Disebabkan persaraanlah banyak persembahan yang ada. Ada vvip datang, iaitu wakil kementerian pelajaran kut, and some of other school's principle. Okay, let start it from last monday.

Isnin baru-baru ni, kami belajar cem biasa dalam kelas. And then cikgu yang ajar kami seni datang kelas. Dia tanya sapa yang berminat untuk jadi dayang sempena persaraan pengetua nanti. First tuh ada yang malu-malu, tapi mahu. Lastly ada tiga orang saja yang volentier nak jadi. Tapi cikgu nak lagi sorang. Dalam hati aku, memanglah nak. Ye lah, sapa yang taknak kan? Tapi malu lebih menguasai diri.

Disebabkan cikgu terburu-buru, dia panggil aku untuk join sekali. First tu memang aku geleng. HAHA. Then nuur ajak join. Terpaksalahhh. haha dalam hati tak siapa yang tahu :b And then, esoknya cikgu panggil practise. Tapi cikgu just tunjuk jalan mana yang nak dilalui sebab dia very-very busy nak uruskan pelamin and sebagainya. HAHA pengetua kawin yang ke2. lolOleh sebab banyak masa lagi before balik, kami lepak dengan cikgu kh yang sangat sporting. haha gosip gosip sikit. Minta pendapat. mueheheh ~

Dan semalam, atas permintaan cikgu kami kena cari baju kebaya. Cari habis sampai kena cari kat rumah orang. Penat memang tak terkatalah. Waktu balik sekolah, kami kena pergi bilik cikgu utk bincang pasal baju. Tak sempat nak makan. Then terus pergi kelas tambahan. Balik pukul 3.15. Then terus pergi rumah asnita untuk ambik baju kebaya. Kena tunggu kakak datang ambik kat sekolah pula. Lastly, sampai rumah pukul 5 petang. Ughh.


Today, aku terlambat pergi sekolah. Ngeh ngeh. The awesome moment tadi, time aku jalan sorang-sorang nak pergi kat nuur, tak sangka terjumpa crush. Before ni kami tak pernah kenal, tak pernah bercakap. Stranger! Tapi tadi tetiba ja dia panggil. HAHA seriously tersentak gaklah. Dah la time tu aku sorang-sorang. "Ilya, ilya" omg time tulah aku toleh tengok dia and guess whatt?! HE SMILE AT ME. Jarang dapat tengok dia senyum. haha actually dia panggil sebab kawan dia minta number. Ah spoil!

Back to the story, sampai kat nuur, dia terus tarik aku pergi bilik cikgu untuk salin baju. Memang dah lambat gila. tak sempat nak practise. Bersiap pon punyalah lama. Luckily aku bawak cermin. mueheheh~ Tapi kami tak pakai kebaya. Pakai baju kurung biasa je. Dua orang warna maroon and other two, turquoise.

Sepanjang jalan ke dewan dipenuhi dengan barisan kadet unit beruiform. Ada bunga manggar. Ada kompang dan lain-lain. Kami dayang-dayang ni kena jalan ikut belakang pengetua dan vvip sampai ke dewan. Masuk dewan, terus naik stage and duduk keliling pelamin. Kena pulak duduk bersimpuh kat bawah dari start hinggalah tamat majlis. Sakit dan lenguh kaki memang gila-gila, sampai part kena berdiri pon punya bersusah payah nak bangun. Astaghfirullah ...

Yang tutup muka tu aku. Nervous gila baru lepas perarakan. (updated)

Lepas ucapan sepatah beribu kata, ada nasyid and persembahan tarian. The moment bila akhir nasyid je, geng-geng nasyid pakat berkerumun dekat tempat pelamin, and lastly one of them keluarkan bunga and bagi kat pengetua. Haha geng-geng nasyid tu plak memang aku kenal sangat. Asyik nak gelak je. lol

Then, acara bagi hadiah kat pengetua pulak. Kamilah yang kena pass hadiah tu ke meja yang disediakan. Punyalah belambak. Penuh dua kereta. lol. Lastly, lepas semua dah beredar, kami tangkap gambar dengan cikgu-cikgu and ustaz. The most sporting ustaz yang pernah aku jumpa. lol. After that kami turun ke kantin. Tak sangka ada ustaz. Dia belanja kami minum. Lepak-lepak dengan dia kat kantin. Untunglah ada ustaz cenni. haha.

Tulah sikit coretan aku pada minggu ni. Sorry gambar belum diupload lagi. Nanti kalau rajin aku updatelah. muehehehehehe ~ So, terima kasih sudi baca karangan beratus patah berkataan saya. Akhir kata, Assalamualaikum.

Sincerely, me.