Today.



Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah masih boleh mencoret lagi diari kehidupan aku dekat satu-satunya blog usang aku ni. act ada lagi. wahahaha. okay direct to the story, harini Fathin tak datang sekolah. Sobsobs *wipe tears* So aku dok sorang-sorang jelah tadi dalam kelas. Tapi takde lah belajar sangat pon tadi. Lepas perhimpunan ringkas harian, kami semua kena dengar ceramah yang bertajuk 'Cinta Remaja'. Bunyi macam tulah. Aku pon lupa tajuk realnya. lol

Bila dengar the word 'cinta', pakat segar bugar telinga mata hidung, semangat nak dengar. Padahal memula tu dah merungut macam-macam. Memang best ah ceramah ni. Jarang ada ceramah 2 jam yang aku join yang boleh bikin orang nangis. Wuhuhu, awal-awal lagi dah tayang pasal pembentukan baby dalam perut then sampai part video operation baby tu of course ah ada jejaka idaman yang nangis. haha adalah beberapa orang yang tunduk, cakap dalam hati 'jangan nangis woi jangan, malu weh malu!' manalah nak tau kan? *angkat-angkat kening*

Time tu memang air mata dah bertakung. Tapi tahan jugak. Lastly dekat video sorang ahli sukan krem kaki masa tengah lari, then ayah dia datang tolong, time tulah air mata aku hampir menitis. lol diulangi, hampir! Straight to section yang lain, banyak jugaklah yang penceramah tu ceghita. Tapi yang buat aku insaf sikit, dekat part pasal firman Allah s.w.t  and part sumpah syaitan semua tu. Hee, tapi that moment bila penceramah pasang lagu Laskar Pelangi and beliau suruh nyanyi kuat-kuat, tapi volume nya tak tinggi-tinggi pon. haha siap mention nama sekolah lain nyanyi kuat-kuat. grr tak makan saman betul.
But satu moment yang agak ... bila penceramah tu kata bateri microphone low, cikgu cikgu dalam dewan tu buat dont know je. Banyak kali dia ulang. Lastly, aiman form3 yang tolong penceramah tu. Hmm. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi. muehehehe. 

Harini kami rehat lambat cause ceramah tu habis lambat. Terpaksa rehat sekali dengan form4 and setengah form5. Masuk kelas, time math. Memang otak krem gilalah nak study. Luckily cikgu suruh dok dalam group masing-masing yang dah ditentukan untuk kelas tambahan cuti penggal pertama ni. Arghh kami nak cuti! okay back to the story, aku dapat group dengan geng-geng pandai. Mun cheng, Tasya, Syazrinah. Dah ah aku sorang ja yang tak reti math dalam group tuhh. Aaaaa cam nak nangis je bila tengok semua fokes buat math. Apa aku boleh buat? Takda fathin nak tolong. 

But luckily Mun Cheng agak ngam dengan aku. Dia tengok aku senyap ja. Kejap toleh kiri kanan depan belakang. Tak tanya langsung soalan apa yang aku taktau kat dia. Padahal dia tau sangat yang aku memang selalu fail math. Ops! haha tapi tapi tapi, PPT kali ni aku lulus! weheeee! Then, aku cover lah sikit tengah cari-cari barang dalam beg, then terus tanya dia semua soalan sekali gus. Satu per satu soalan dia ajar sehinggalah soalan ke enam tak silap, aku dah boleh buat sendiri. Dia kata aku reti, cuma malas nak buat kira-kira. Lol ya ka? I dont think so. Sebab apa? Sebab aku benci math.

Sapa tak seronok kan bila kita boleh jawap soalan math dengan senang padahal memang kita tak paham pada mulanya? Haha time seronok buat tulah cikgu nak keluar. geram k geram. Time pendidikan Islam, ustaz bahagikan group untuk Gempur GPS (kelas tambahan cuti penggal tu lah). Disebabkan exam awal tahun dulu aku dapat A, so ustaz lantik aku jadi guru mudaaa a.k.a ketua kumpulan. Seronok ah bila dapat jadi kan? Subjek lain tak dapat. At least dapat jadi satu ni pon syukur ah. Alhamdulillah.


Memang urusan bahagi group ni dibantu oleh pelajar yang turut menyibukkan diri. Ada yang nak tukar, ada yang membantah. Last last ustaz belitiaq. Haha lagipun ustaz Izzul sporting, nak beletiaq 'tera' mana pon masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Muahahahhahaha! Okay the end. Thanks for reading. hee byee *waving* 

Currently missing them.

1 comment:

Watch your words, dude.

PAUSE HERE