Trial?


Assalamualaikum wbt. 
Since we all know pmr candidates are now facing trial. Setakat dua hari a.k.a 3 paper ni nak kata susah tu tak ada lah sangat. Nak kata senang tu mungkin satu keajaiban. But cikgu banyak bagi clue and beberapa soalan berkaitan yang masuk. So that kami bolehlah balik cari. Easy. Tambah lagi kalau clue yang cikgu bagi tu sebijik plus plus, memang bonus lah :D Macam paper two bm. Sederet masuk yang cikgu bagitau. Nasib baik sempat search google ni haa. Karangan ayat dramatis yang dah hafal ni pon still boleh ingat lagi. Yesterday cikgu pauline masuk kelas time kami sibuk jawap paper 2 bm, bersemangat dia bisik-bisik bagitau apa yang nak masuk paper bi esoknya. Jahatnya aku cerita kat sini xD

Hm apa apa pon yang dah lepas biarkan berlalu. Sekarang nak fokes papers killing subjects yang akan menghantui tak lama lagi. Semangat 8A's kian berkobar-kobar eventhough ni cuma trial. Seronok apa kalau score straight As trial ni. Ahhhhh impian semata mataaa. But at least aku dah cuba yang terbaik. Miracle happen when i've been stay alone in my room for this 2 weeks just nak study. Weekends, lepas sahur terus study sampai matahari memancarkan cahaya suriaa *cewah* and kalau weekdays balik sekolah terus study sampai midnight. Tapi janganlah salah faham. Ada la waktu waktu tertentu aku stop iaitu time solat dan iftar. em hope usaha yang baru pertama kali jadi dalam hidup aku ni tak sia sia. Mesti bestkan kalau straight As pmr nanti? :') Dapat banggakan mak abah family cikgu kawan dan negara. Satu impian, study oversea. aaaaa! Dx But sometimes i wonder, kenapa orang pelik bila aku cakap target pmr ni 8As. Yela tahu lah aku tak berkemampuan, tapi kalau kita dah keep in mind target kita 8As tu, inshaAllah dengan usaha dan doa mesti akan dapat punya. example kalau kita target macam 7A macam tu, mesti satu lagi subjek tu awal-awal tolak tepi taknak study sebab dah set dalam otak subjek tu tak boleh dapat A. So, jangan pertikaikan keputusan aku target 8A pmr ni. No no.

em, harini hari khamis. Satu satunya hari yang .... brings happiness to me. Satu satunya hari yang ada dalam seminggu. 4 hari dalam sebulan dan beberapa hari dalam setahun. Heheh nak terus terang kat sini, takut si dia sedang skodeng. Takut jugak ada classmates/schoolmates stalker tak bertauliah menjenguk blog usang ni. Memang kalau boleh taknak 'benda' ni dia tau. Tapi problemnya bila nampak dia ja, otomatik mulut ni terukir senyuman. cewahhhhh yalah. Siapa yang tak tersenyum tersengih kerang busuk sorang sorang bila nampak crush? Bohong sangatlah kalau tak kan. em salah aku jugak stalk dia hari hari sampai terkantoi. Hish tak reti nak cover langsung. Sekarang tanggunglah penderitaan yang tak sudah sudah ni. Penderitaan merindu :') btw thanks crush. Sentiasa tau apa yang aku nak. Sumber inspirasi. Semangat jawap paper exam sebab wish tu.


Disebabkan esok cuti hingga weekends, so aku menggunakan masa masa yang berharga ni dengan melakukan satu satunya hobi aku iaitu update blog. Satu hari ni nak onl je. Esok baru start study balik. Kadang kadang work too hard doesnt make any sense. Have a break, have a kit kat. Sorry kit kat tak ada. Kalau ada pon tak boleh makan sebab puasa. Bercakap tentang puasa, alhamdulilah dah setengah bulan dah kita berpuasa. Syukur sangat sampai harini tak tinggal lagi. Bukan senang tauuuu. Cepat sangat masa berlalu and sekarang tinggal lagi 15 hari kalau tak silap, kita rayaaaaaa. Nak exchange kad rayaa? jom jom :D send your full name and address to my fanpage. Ada dekat sidebar tu haa. Okay thats it. Thanks for reading. Wish me luck. Assalamualaikum wbt.






It's Yunme.


Assalamualaikum wbt. Attention! This is how to pronounce my new nickname. heheh memang selalu sangat tukar. Dan setiap nickname ni of courselah ada maksudnya yang tertentu and ....... it's a secret.*evil laugh* 
Y U N M E. Sounds like Yun-'me'. Some people call it yan-'me'. But it is actually called yun-mi. Just a letter 'e' at the back of the word doesnt means it is call Yun-me or Yan-me. Okay thats it. *Kepeningan melanda.

Tips Belajar!



Assalamualaikum wbt. Sekarang sudah pon masuk bulan 7 dan alhamdulilah dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan ni. Memang seronok, dapat kumpul pahala berlipat ganda. Tapi dalam seronok-seronok tulah pmr candidates merana sebab percubaan pmr. Seems like, beban sangat nak study. Hari ni dah 13 july. Lagi 10 hari beb. So tadi ilya search cara-cara belajar yang efektif and im gonna share it to you too. Hope berguna untuk semuaa :D Sumber a b c d

SEBELUM BELAJAR
 sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T
  fikirlah bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita
 Jangan lupa membaca doa dan berwudhuk sebelum mula belajar.

MENGULANGKAJI PELAJARAN
 menyemak semula apa yang telah dipelajari
 memahami konsep
 menghafal formula atau istilah yang penting
 menganalisis isi-isi penting
 mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi
 mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

MEMBUAT RUJUKAN
 membuat rujukan bahan tambahan
 bertanya dengan guru
 berbincang dengan rakan
 buat latihan past year question 

MASA YANG SESUAI
• Mengulangkaji pelajaran pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar.

TEMPAT BELAJAR
 keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur 
 suasana yang kondusif
 tempat yang merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
 meja belajar menghadap ke arah kiblat.
 tampal poster untuk menaikkan semangat untuk belajar

NOTA PENTING DAN LATIHAN
 sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas
 nota yang mudah untuk difahami.
 nota yang dapat menarik minat untuk terus belajar
 nota yang menggunakan peta minda (mind map) atau berwarna warni.
 boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

DISIPLIN DIRI
 jangan meninggalkan solat kerana solat adalah kunci kejayaan
 baca at least satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu
 jangan terlalu paksa diri untuk study supaya input cepat difahami dan diterima
 jangan malas, bertangguh, berangan, berkhayal atau memikirkan perkara lain
 membuat persediaan awal seperti 
 berbuat baik dan menghormati guru atau pengajar
 mengikut jadual belajar yang ditetapkan sendiri
 mengulangkaji berulang-ulang kali 
 berehat sebentar selepas 20-30 minit study.

MIND SETTING
 apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.
 ingatkan diri solat adalah kunci kejayaan.
 berlapang dada, redha and ikhlas melawan nafsu
 betulkan niat, betulkan pemikiran.








#1 Wordless Wednesday



Isnt it? heheh apa-apa pon, selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat ini. Bagi pmr candidates, jangan jadikan puasa sebagai alasan sebab tak larat nak study. hihi goodluck untuk trial pmr akan datang ;D #Note to myself too.

Kelebihan dan Amalan dibulan Ramadan


Assalamualaikum, selamat petang. Hee selamat menikmati hari terakhir sebelum berpuasa tahun ni. Pejam celik pejam celik dah pun di pertengahan tahun dan esok dah pon bermulanya puasa. Time bulan ramadhan ni lah masa untuk kita kumpul banyak-banyak pahala, buat amal kebajikan. Semoga post ni berguna untuk korang semua ;)


1) Ramadhan: ertinya panas terik 
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala. 
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 
1000 bulan. 
6) Di pilih untuk ibadat puasa. 
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran


1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia 
terlepas dari siksa kubur) 
2) Bulan penuh keberatan 
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala 
9) Bulan keampunan 
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. 
- juga doa pada sepertiga malam. 
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 
10 hari pertengahan - pengampunan, 
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. 


1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya 
dapat bangun malam 
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau 
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 
10) Sahur diwaktu akhir 
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu 
12) Mandi Janabat sebelum Imsak 
13) Kurangkan tidur 
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 
15) Tunaikan Solat Dhuha 
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 
17) Tunaikan solat Rawatib 
18) Jaga pacaindera 
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang 
20) hadiri majlis ilmu 
21) Buat baik pd ibubapa 
22) Isteri hendaklah taat pd suami 
23) Banyakkan bersedekah 
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 
25) Berbuka bersama org tua 
26) Jemput tetamu berbuka 
27) Kurangkan berat badan 
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 
29) Baiki hubungan suami isteri 
30) Baiki hubungan jiran 
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 
32) Elakkan berbelanja berlebihan 
33) Kuatkan kesabaran 
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih 
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu 
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia 
42) Melazimkan solat waktu 
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 
44) Elakkan banyak berhutang 
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak 
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 
46) Tunaikan zakat fitrah 


1) Kepada Orang Tua Lemah 
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di 
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar 

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang 
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah 
- Baca ayat Kursi 
- Baca surah Yaasin 
- Baca surah Al Zalazah 
- Baca surah Al Qafirun 
- Baca surah Al Ikhlas 

3) Bagi orang yang kuat dan cergas 
- Bangunkan isteri dan anak 
- Mandi 
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
- baca Al Quran 


  1. Jangan sesekali disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan.
  2. Menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan 
  3. Membaca doa Tahlil selepas solat Asar kepada saudara yang telah meninggal dunia.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnyanya Al Fatihah sekali utk mereka/ Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita 
Takbir Di Malam Raya 

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. 


Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-baik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. 

Wallahua'llam. 
# Sumber 

I am me.



Assalamualaikum,
Do you ever be a person in a million people and you are being ignored by all of them? For sure tak memang semua pernah rasa lah kan. Pergi shopping sorang-sorang or somewhere else yang ramai orang memang rasa cam ni. Tapi bila dengan bestfriends? K it isnt about them at all. Well, today ada Hari Waris and im suck with it. Ekceli semalam dah check saps and dah tawuu result. Terok sangat. :'( Tadi, mak orang yang ketiga paling awal sampai. Bila dah duduk depan cikgu, cikgu pon cam taktau ja nak cakap apa. Bla bla bla pasal result and .. that's all. First tu takut jugak ah mana lah nak tau tetiba cikgu bagitau benda-benda merepek yang aku selalu buat kat sekolah. lol

Tadi ada sambutan ramadhan and ada baca yassin and video pasal ramadhan and tazkirah and so on. That moment bila dapat tau penyampai tazkirah ramadhan tu ustaz. K memang boring yang tahap maksima. Idk cem mana nak terangkan but perghh, baca ikut apa yang ada dalam buku rujukan ja xD em em ohya, tadi ada injectiooooon! Injection pencegah kamcing gigi and sawan. pfft, tadi time nak balik nurse panggil utk inject. Tergesa-gesa pergi dewan, kalau tak ambik harini, nanti kena lagi susah. Dengan muka takut excited and macam macam lagi, akhirnya masuk jugak lah ubat tu dalam tubuh badan ni ha. Sakit? tak. Boleh lagi jalan lenggang lenggok goyang tangan atas bawah. Haha and now aku terlupa pasal inject tu, aku goyang tangan and ........ tangan krem.

Hm, fathin, bff aku dah berubah. Selama aku perhatikan dia, dia memang rapat dengan iffa. And i knew her true colour. Dia nak selalu ada dengan iffa. Even duduk sebelah aku pon, iffa mesti ada. Kalau takdak, muka gelisah semacam. And kalau nak jaga hati aku, sekali dengan aku dia tarik aku ikut iffa. Ekceli aku tak kisah lah dia nak kawan or rapat dengan sesiapa pon. Tapi kenapa guna-gunakan aku macam tu? Sakit hati wei. Terus terang bagitau aku. Aku takdak lah kejam sangat nak halang dia kawan dengan sesiapa pon. Hm, maybe Iffa tengah baca entri ni sekarang. Hope faham lah eh. Takkan aku sorang ja yang kena jaga hati orang, sedangkan hati sendiri pecah retak berbelah belah. hoho thanks iffa, stalker setiaku. 





June's things.



Assalamualaikum. Finally dapatjugak publish entry ni. Tadi dah kemas-kemas blog, check giveaway/segmen/contest and yaya menang some of them. Maybe ada yang tak tersenarai sebab tak tau nak detect kat mana. hoho. Ekceli yaya sengaja buat entry ni cause manalah tau nanti bila dah tua, check blog and boleh baca kenangan kenangan ni sekaligus penghargaan kepada penganjur dan sponsor. Terima kasih :'D


\\  Hadiah bernilai RM60 //
Thanks to 
 
\\  Masking sticker //
Thanks to 



\\  Kaychain Cameron Highland //
Thanks to