Random

Assalamualaikum wbt.
Sepanjang minggu aku aku rasa awrkward gila dengan persekitaran sekeliling aku. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Macam orang dalam despression sangat. Yea ekceli aku bosan asyik tengok-dengar-buat benda yang sama setiap hari. Kalau boleh nak jugak pergi travel around the world ke, (bajet dah jadi dewasa) pergi daki gunung ke, pergi berenang, pergi buat apa saja yang tak berkaitan dengan study, online atau terperuk dalam rumah dengan rambut cem Alleycat gitu.

Macam biasa, hari hari pergi sekolah menghadap muka classmates yang sama. Dengar cikgu potpetpotpet pasal pmr atau marah pasai homework tak siap. Cakap pasal cikgu, aku teringat cikgu suriani tadi. Harini last aku jumpa dia untuk tahun ni sebab cuti bersalin. Dia kasi 'ceramah' free setengah jam pasal masa depan. Takpayah nak kusut kepala nak pilih jurusan apa, kerja apa dan sebagainya. Biar masa yang menentukan segalanyaa. Time tu semua concentrate tengok cikgu. Ceh, last day lah katakan. 

Hm sekarang makin feymes pulak bab bab blog ni. And sekarang aku rasa ramai yang stalk aku. Classmates, die-hard-friends, tak-berapa-die-hard-friends-sangat dan beberapa orang yang tak dapat dimuatkan namanya dalam paparan ini. Ada jugak orang mintak aku ajar buat blog, edit blog, buat blog and something like that. Bukan takmau ajar, cuma benda pasal html, code blog semua tu opkos lah susah nak terang. Dulu time newbie pon blog buruk. follower pon takde. Cuma ye la aku jenis suka surf google, treasure macam macam dalam tu hingga lah sekarang, dah boleh hafal dah code code yang berkaitan. Semalam cikgu shima ada cakap pasal faedah menulis kat blog ni haa, then classmates aku yang lain point aku sorang jela. Stalker everywhere! To be honest, aku tak berblog untuk jadi attention seeker or what so ever they call it. Saja suka suka buang masa taip macam ni dengan baju sekolah yang nak bertukar ke bau yang kurang menyenangkan sebab online dari balik sekolah hingga tak mandi sampai tengah malam wkwkwkwk XDD Seronok apa taip taip macam ni. Ayat berterabo, broken english dan typo memang lumrah ler.

Actually aku takde idea nak story pasal apa.

So bye

Memory.



Assalamualaikum wbt.
Happy monday guys. Rasa macam dah lama tak update padahal baru beberapa hari. Yela sekarang ni sibuk benor. Nak buat itu ini. Pergi sana sini. Harini kat sekolah memang memboooosankan sebab ada sepatah dua kata dari 3 orang 'besar'. Tadi semua form 3 kena masuk dewan, cikgu nak bagi result trial. Then ada ceramah, prestasi meningkat menurun. Bosan bosan! Dahlah rabun, satu apa kat depan pon tak nampak. Pastu ada penceramah jemputan. Takde la macam penceramah sangat. Beliau cuma cakap utk menaikkan semangat for 8As. Nasib baik setengah jam saja. Before habis sepatah dua kata beliau, kami kena buat kecerdasan minda kebende ntah. Beliau cakap kami kena ikut and so on. Dah macam cerita naruto ke apa ntah kena buat tangan cem bebola api XD

em hari sabtu lepas a.k.a 24 ogos 2013, aku and family pergi kenduri dekat area kampung. Then dekat Asar sikit, kami pergi rumah baru adik my mom kat sungai petani. Rumah besar dua tingkat. Diorang masih dalam proses nak pindah sana. And then kami pergi 'menziarahi' rumah tak berapa nak baru kami kat sungai petani jugak. Khabo nye nak bincang pasal ubahsuai rumah bla bla. Rumah tu dah beli sejak aku kecik lagi. Time aku masih prasekolah maybe. Baru sekarang nak ubahsuai sebab tahun depan nak pindah. Ye tak comfirm lagi la sebab nak ubahsuai rumah tu ambik masa jugak. Actually rancang nak ubahsuai jadi rumah dua tingkat. pergh best ar bila dengar.

Bila bincang balik, banyak perbelanjaannya. Time tengah bincang-bincang depan rumah tu, ada lah penduduk area situ lalu lalang kat situ sebab nak tengok tuan rumah kami tuuu. Haha kawasan tu even masih baru, tapi dah ramai orang duduk sana. And then tetiba jiran sebelah panggil pergi rumah dia. Dia buat open house. Dia bagitau rumah sebelah kami nak dijual. Mata kami pon bersinar-sinar (LOL) sebab kalau beli rumah tu, kemungkinan besar rumah kami boleh jadi cem banglo enam bilik! lol okay enough merepek. Biar abah je urus mende ni --'

Ohya semalam ada open house kat rumah ketua kelas aku. Pagi tu mak ajak pergi giant. Fathin kata pergi dulu giant tu, nanti terus pergi rumah hidayat. Memang takdak transport nak pergi pon. Aku pun ikut jelah ke giant walaupun aku tau bab bab shopping ni berjam-jam! Janji pukul 2, pukul 2 setengah baru sampai. Then nak kena jalan jauhhhhh, naik turun bukit sebab rumah hidayat dalam kem askar. em tapi untung jugaklah aku tak pakai baju kurung. Ekceli kami geng perempuan nak pakai baju kurung. Aku orang pertama yang membantah sebab nak jalan jauh dengan baju kurung tu memang ridiculous! Tapi diorang still bertegas nak pakai baju kurung. Then tetiba pakai baju biasa pulak. Macam macam fashion. Aku tshirt raya dua tahun lepas dengan bawal kosong je. Diorang dengan halfmoon bagai xD

Habis makan semuaa, kami terpaksa jalan kat laluan yang sama berbukit bukit. Yang lelaki seronok je pecut naik motor. Tapi geng2 lelaki ni kena jalan belakang kami. Ntahlah. Tapi mulut bising sebab kai jalan lambat. Biasalah, sesi fotografi XDDD! Thelelelelele 

This is nuur syafiqah. Anda nampak apa yang saya nampak? XD

Sepanjang perjalanan nak keluar dari kem askar tu, syuhada dengan inah dah jalan dulu. Time kami snap, diorang dah blah. Pastu tetiba one of them call nuur, diorang kata diorang dah berpecah. Seems like, diorang tak tahu macam mana boleh berpecah, cakap sorang sorang, sorang lagi dah sampai rumah. Tak logik pon ada. Otw sampai gate besar kem, baru nampak diorang berdua.

"Tepuk sikit, ada orang buat lawak" --'

Sebal betul. Diorang acting sampai kami panik. Yela panik jugakla sebab baru je lepas story story pasal cerita ghaib bla bla. Dah la area tu area hutan jugak. Dari jauh kami nampak syuhada dgn inah gelak. Kami dah terkenaaa! Cepat cepat nuur bawak keluar bedak carry junior, masing masing genggam dalam tangan. Jalan sambil buat muka poyo tengah marah. Bila dah dekat, syuhada tu la yang gelak tak cukup nyawa. 

'Happy birthday!" 

Dushhh! habis bedak masuk mulut XDDDD Penuh kat muka, tudung semua. Aku la orang pertama yg baling dulu. Sampai merah muka dia nak menangis. Okay aku kejam. Dia pun terkejut jugak. Even dia memang tahu kami akan baling either bedak, tepung or telur busuk XD Okay nilah mangsa diaaaa 


Lepas tu, bising dia marah marah. Alaa marah manja gitu. Siap kata nanti birthday aku, dia salah seorang orang paling kejam yang akan baling tepung. omg time tu baru teringat birthday aku tak lama lagi, hari sabtu. Tapi ada sekolah ganti. Mungkin saja time tu ada hari koko. Dimana pelajar boleh bawak apa saja ke sekolah termasuk tepung. omg omg kena sediakan tudung lebih XD

Okay thats all. Penat dah tangan aku menaip. Awal tadi memang malas nak menaip, sekarang tak boleh berhenti pulak. Bye, assalamualaikum :)




Twinkle little star.



Assalamualaikum wbt.
Hi hye hello evelibadi ;) Salam jumaat. em em tadi kan, aku and family  (abah dgn adik tak ikut) pergi shopping. Ekceli just nak pergi kedai spectacles sebab nak repair spec mata aku and kakak aku yang dah tercabut. Irfan, si molek tu lah yang merosakkan aset penting kami! Dan jugak spec untuk mak sebab spec  lama dah hilang. lol how ah? --' Settle bab spec, kami meronda satu shopping kompleks tu, sampai rumah baru terasa sakit kaki yang teramat. Jalan pon dah macam peguin daaa.

Em teringat balik pasal semalam, aku lupa nak story pasal cikgu azidin. Dia ketua guru disiplin, ajar pjk and bm. Disebabkan pmr kian menjelang tiba, kami tak boleh pj. Duduk dalam kelas yang memang hot sebab kipas rosak. Spoil everything! Dia garang tapi sporting. Buat lawak tapi ayat & muka tegas. ergh --' Dia masuk kelas, ajar komsas. Luckily time tu, 20 orang per 31 tolak 1 tak ada dalam kelas. Diorang ada perjumpaan sebab terpilih jadi pelajar harapan sekolah 8A. Ye ye aku tak pandai cem diorang *lap air mata* Jadi 10 orang lagi tu memang merana menghadap cikgu azidin tuuu. Dia kata dia akan tanya sorang sorang. Aku orang ketiga kena panggil. 

"Okay yang pakai inai tu"

Me: *tengok kiri kanan*

"Ye kamu lah" *pandangan tajam yang menyeramkan*

Aku tak rasa inai aku terang sangat sampai dia boleh nampak. Hm bila dia tanya soalan, aku blur seketika. Nasib ah dia kasi chance tanya orang sebelah. Time tu pulak suara tak berapa nak ada cause sakit tekak yang berleluasa, dia pon angguk je. Ntah dengar ntah tidak. Then dia usik usik budak laki. Aku jelah yang gelak paling kuat. lol maksud aku, paling kuat antara orang sebelah aku. Bukan satu kelas. Jangan salah faham. sobs sobss ....

Okay the end. eh jap, tadi aku terjumpa satu kertas yang ada tulis menda ni. Serius tertarik gila dengan ayat dia. Ada beberapa huruf yang aku adjust. trolololo okay here it is :

Twinkle twinkle little star,

I wanna hit you with my car,
Throw you off the bridge so high,
Hope you broke your neck and die XDD!



Butterflies in my stomach.



Assalamualaikum wbt.
Holla! Guess what? harini ada something 'embarassing' happened kat sekolah. Dan sampai sekarang aku tak boleh lupa pasal tu. Bukan jatuh longkang, bukan kena berdiri atas meja. Tapi pasal ........ tett! 
Em macam biasalah, bulan syawal ni mestilah ramai yang bawak kuih raya pergi sekolah. Hari selasa lepas aku and the gang berkomplot nak bawak kuih raya. Malangnya hari selasa tu aku ter-overslept. Padahal alarm dah set dah. Tahu tahu jelah kalau dah mengantuk tu, bergoncang satu katil dengan vibrate tu pon tak sedar. Pukul tujuh setengah barulah terjaga. Time tu memang tak sempat dah. Terus sambung tido ahh ( like a boss~ ) Tapi untung jugak lah tak pi sekolah haritu. Dah lah kuih raya lupa siapkan dalam tupperware, suara pulak makin teruk. Nak keluar kemain susah. Sakit tekak yang menjadi jadi. Last last duduk rumah, baca novel.

Hari rabu pulak, ada lagi beberapa die hard friends aku bawak kuih raya. Lepas rehat, buka tupperware masing-masing, pakat berebutlah semua. Lelaki, lagi tak penuh mulut lagi sumbat. Perempuan pulak kumpul dalam tapak tangan, bawak lari pergi tempat duduk. Kemain punya banyak. Aku tengok jelah. Rasa macam nak makan. Molek molek kuih raya semua. Tapi apakan daya...... aku tak makan kuih raya. Ada jugak orang cem ni kan :p Then harini, atas permintaan ramai ( cewahhh ) aku bawak jugak kuih raya yang kian kurang dari hari ke hari. Nak bawak banyak banyak, takut tak laku. Tengok tengok tadi, belum rehat lagi dah habis. Sampai kawan kawan aku yang lain suruh bawak lagi esok. pffftt! --'

Aku tak tahulah macam mana diorang makan. Dengan tak ada air nak hadam. erghh pastu lepas rehat ada sesi kedua. Sorang lagi kawan aku yang tak berapa nak die hard friend sangat bawak tiga tupperware terus. Nasiblah sedap. ehh aku tak makan. Fathin yang bagitahu. *ketawa hambar*

Continue perenggan satu tadi, err .. aku nak cerita pon masih terasa segannya. Siyess maluuu. Apa perasan readers bila crush kita cakap something yang relate dengan kita, then bestfriends kita cuit kita, sebut balik apa yang crush kita cakap tu dengan kuat hingga dia terperasan even jauhnya bertapak tapak? 


It was so embarassing! *tutup muka* And and tadi napis ( classmate ) nak bagitahu kat 'dia' yang aku crushing on him and and and tangan aku yang tengah pegang buku terus pukul tangan dia. Kuat jugaklah bunyi dia sampai classmate aku yang lain gelak gila. Maybe diorang ingat aku sepak muka napis dengan buku tuu. Tapi aku sempat tengok 'dia' terperasan bunyi tu. Mini heart attack bila dia kalih tengok! Okay aku taknak sambung lagi. Mana tahu dia tengah baca sekarang nih? hihihihihihi xp


But what i wanna say to you, dear bestfriend is ...

Credit gambar : weheartit.com




Header Baru!


Assalamualaikum wbt.
Huhu berjam jam duduk depan lappy, menghadap SAI je tadi petang tadi hingga tak perasan hingga sekarang, pukul 11 malam, tak makan nasi lagi. Woh selalunya satu hari at least sepinggan nasi, ni sebutir pon tak tertelan lagi. Yey diet diet jap. Sekarang betul betul gilakan dudel ni. Ntah kenapa tetiba demam dudel ni menjelma. Haha, ekceli tak rancang pon nak buat header baru. Tadi otw nak shut down laptop, terbuka SAI. Tangan pon giat buat dudel. 

Tengok tengok terhasillah header tak seberepa ni. Tapi agak ...... tak jadi kan? haha lantak la. Aku penat plus mengantuk plus gila. Tahu tak aku buat dudel ni tak guna mouse?! Aku just guna mousepad lappy ni jaa.  Ha taulah lenguhnya macam mana. Okay tomorrow is a school day. Wake me up in the morning, goodnight ;*

Header baru sayaaaa ( 21 August 2013 ) :*
|
|
|
|
|
|
v



Save Egypt.



"Ya Allah, lindungilah saudara Islamku di Mesir. Tabahkanlah hati mereka untuk menempuhi dugaan di sana. Amin.."

Tumblr!



Assalamualaikum wbt.
Attention attention. Aku baru buat teeeett! terokai dunia tumblr ni. Ekceli dah lama 'bina' tumblr account tuu, tapi sebab tak reti guna, terpaksa tolak tepi. Lepas godek godek tadi, akhirnya faham lah jugak sikit sikit. So tumblr ni lah akan jadi stor untuk doodle doodle aku yang sekarang memang bersepah dalam folder. hehehe Okay jemput jemputlah melawat tumblr eden yang masih newbie ni. simple and buruk punya tumblr XDD


Just and now.



Assalamualaikum wbt.
Sekarang musim sakit ke? Kenapa sejak seminggu yang lalu sesema aku still belum hilang? arghh tension tension. Setiap kali bangun tido, kompem masa tu tarik nafas gila gila punya. Nak buat kerja apa pon tak senang. hmm.

Ekceli rasa tak puas hati still bermaharajalela lagi ni. Terkenang saat pagi tadi, 
(ewahhh) waktu belajar bm, cikgu kasi tahu result bm to all student. And aku dapat tujuh puluh sembilan. Lagi satu markah nak A! Ada lagi dua orang kawan aku dapat markah yang sama. Time semak paper dengan cikgu, tetiba terperasan satu soalan yang jawapannya lain, cikgu tick lain. Cikgu kata jawapan yang cikgu tick berdasarkan jawapan yang diberikan penyedia soalan. 

Bengang lah jugak time tuu. Cikgu fikir fikir and berkeras jugak nak jawapan tu even ianya agak tak logik -.- cikgu kata jawapan yang dia tick tu ada betulnya, cuma penyedia soalan buat kekeliruan sikit. Tapi jawapan yang kami bulat memang jawapan yang pasti lagi nyata. Erghh bila fikir balik geram pon ada ni *muka marah* 


Hidayat, dapat tujuh puluh sembilan jugak, tak bersuara langsung utk menyatakan ketidakpuasan hati nii! Suraya try slow talk dengan cikgu, tak makan jugak. Last last aku bangun jugak pergi kat cikgu. Keadilan harus dituntut! Walaupun time tu tengah gabra plus tak puas hati, tetap pergi buat muka sposen. Cikgu kata dia tahu kitorang ni tak puas hati bla bla. Sepatutnya soalan tu jadi bonus dan semua orang dapat 1 markah dan kami tiga orang dapat A! Cikgu sepatutnya berbangga! Tapi .........

Aku berdebat dengan cikgu itu ini begitu begini, akhirnya keputusan muktamat. Takde bonus bonus. Dengan suara yang dalam proses nak tukar ke monster, memang tak boeh lawan cikgu ah. Tambah lagi aku memang dikenali dengan orang kaya, ada emas dalam mulut. Memang jarang nak bercakap. Cikgu pon siap kata

 "Relax relax, jangan tension" ( xDDDD <-- cikgu )

Tengok kiri kanan, pembangkang memang ramai. Semua dengki tak kasi kami dapat A! Classmates lah macam ni .... erghhhhhhh okay nak kata geram, ye memang geram. Marah? tak sangat. Sedih? boleh laaa. Sobsobs. Markah tetap macam tuuu ... *lap air mata* 

Macam mana nak kembalikan suara aku ke normal? Dah macam monster bila bercakap. Kena beli air asam ni!



Kosong.



Assalamualaikum wbt.
Good eveningg! such a beautiful day, plus hot day. Dari tadi aku just termenung, berkhayal. Oh lifeless. Seriously aku bosan gila cuti panjang ni. Terpaksa dengar suara Irfan, budak cengeng dua tahun dalam rumah ni. Asyik menjerit menangis bla bla. Dah jadi besar kepala bila orang manja sangat dengan dia. Dua benda boleh buat dia senyap is when he's sleeping and bawak pergi kedai. Aku pula jenis malas keluar rumah even kedai sebelah ni saja. Sekarang cuma kena buat stok mercun pop pop to keep his mouth shut. 

Sepanjang cuti dua minggu yang kini berbaki sehari je ni, tak banyak aku buat. Nak pergi beraya? oh ajaibnya kalau benda tu berlaku. No no macam yang aku bagitahu tadi, aku malas keluar rumah. Tapi duduk dalam rumah pon sama kestressannya. Baru 2/3 hari lepas beli novel baru One Day, You'll Be Mine yang tebal nine hundred pages dan semalam baru habis mengkhatamkannyaaa. Best, drama, romantik, funny, horror sikit and ... yeah best! Actually sekarang dalam perancangan nak try beli novel english. Try something new. Lagipun boleh meningkatkan prestasi english aku yang diketahui isnt very well. ughh.

Bercakap tentang prestasi, oh macam mana result trial pmr aku? Hehehe sepanjang cuti ni, aku asyik buka saps je. Menunggu updates dari cikgu cikgu marking paper. Harini baru cukup 8 subjek pmr dikey-in. Ekceli aku happy dengan result tuu. Rasa macam usaha aku selama sebelum start trial tu tak sia sia. Guess what? Semua subjects meningkat! Bukan sikit tauuu. Dengan result ni baru aku sedar yang sebenarnya aku boleh jawap paper tu semua cuma aku malas usaha. Hahaha firstly yang paling paling paling gempak antara semua result tu issssss ... math. Dari fail ke B. Aku tahu apa yang cikgu chong nak kata nanti. Oh tak sabarnyaaa. Sebelum keluar result tu aku takut jugak result tu terok then kena marah dengan dia. Dah lah extra class dia pon aku ponteng. Okay aku kan math's hater. Bila tau dapat B, perasaan happy hanya Allah je tahu. Aku bagitahu mak, tau dia cakap apa?

"Baru B. Dapat A baru bagitahu mak."

Okay memang ada 'kegurauan' di situ tapi terkilan gak ah. Kut lah nak kasi ucapan tahniah ke, kata kata semangat untuk dapat A ke. Ini cakap macam tuu. Ugh nevermindlah. Ni boleh dikira sokongan moral dari segi cabaran yang sinis. Terimalah seadanya, Ilya. Continue pasal result trial, nak tahu result selebihnya? Biarlah rahsiaa. Sebab aku bukannya pandai sangat sampai dengan bangganya nak tunjuk result tak seberapa ni. Lainlah kalau straight As kan? Hm sobsobss ( T^T )

Ohya, semalam punya semalam a.k.a khamis, family aku buat open house for hari raya. Tu pon sebab kakak aku semangat nak panggil kawan dia datang rumah. Memang semalam kawan dia je penuh satu rumah hingga tetamu lain tak muat nak masuk. Kawan aku, of courselah aku jemput. Malam rabu tu barulah aku send text. Akhirnya cuma Fathin dengan Anis je boleh datang. Petang semalam, boring gila sebab takdak kawan datang. Aku try buka wechat. Ada beberapa makhluk asing a.k.a classmates aku tengah bising. Depa pon memang tengah beraya. Aku ajaklah depa sekali. Hoho okay orang yang last minute aku jemput but yang pertama datang. Sedih jugak, geng aku yang lain tak boleh join .............

Hm, dah nak start sekolah lepas cuti dua minggu raya ni. Apa perasaan aku? Ohohoho bersedia menghadapi exam pmr yang sedang menanti. Nak jumpa kawan. Jumpa cikgu cikgu sambil buat muka sposen mintak duit rayaa. ehehe eh tak tak, bukan duit raya. Tapi pertambahan markah for trial result. Manalah tahu mood dorang tengah okay. hehehe okay skiplah topik ni. Boringggg. 

Kosong .. yea because post ni kosong.

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Rayaaaa kepada semua umat Islam yang sedang berkongsi bumi yang sama terutamanya kepada rakan rakan blogger yang banyak bagi semangat dan dorongan untuk terus stay dalam dunia blogger ni. Selama hampir 3 tahun berblog, banyak ilmu yang dah dikongsi bersama. Insya'Allah setiap yang menyampaikan ilmu melalui penulisan di blog cem ni akan terus mendapat pahala walaupun dah meninggal dunia selagi diamalkan oleh pembacanya. Tamat sudah sebulan kita berpuasa. Rasa sekejaaaaaap sangat. Ramadhan berganti Syawal. Semoga segala amalan amalan yang dilakukan diterima Ilahi. Insya'Allah.

Hari ni dah 4 Syawal. Mesti ramai dah balik rumah dari kampung yang tak ada wifi kan? Hahahahha yeah aku pon baru sampai rumah petang semalam. Temsion betul, sampai rumah je diserang virus demam T_T  Hm nevermindlah. Btw, entry ni bukan entry kosong. Entry ni penuh dengan doodles yang aku buat 3 hari before raya. Untuk tatapan umum. Hehehhee, mana boleh tengok je. Kena lah habiskan pembacaan entry ni duluu.
Beberapa minggu sebelum raya, mesti ada kakak kakak, ibu ibu, makcik makcik yang bergiat aktif buat kuih raya kan? Elmon landen ke, cokolet cip ke, tat nenas ke dan sebagainya. Begitu jugaklah orang dalam rumah aku ni. Awal bulan lagi kakak aku dah start buat kong flek madu. Aku tak terlibat tahun ni sebab ni cuma buat saja-saja untuk makan je. Not for sale. Unfortunately, sampai sekarang takdak sapa sentuh tupperware kong flek madu tu lagi. Aku turut bersimpati...

Tapi, aku ni jenis tak makan kuih raya. Semua jenis. Pergi beraya rumah sesiapa pon, cuma kerepek je yang aku makan. Jimatlah duit mak takpayah beli or buat kuih banyak banyak xD Cuma kenangan pahit hari raya yang aku tak boleh lupa, pada tahun ..... er aku tak ingat. Maybe 2008/9. Aku pergi beraya keliling kampung dengan cousin. Sampai satu rumah, macam macam kuih ada. Satu kuih yang menarik perhatian is kong flek madu. Tengok dari jauh nampak sedap. Bila dah ambik, madu berlambak. Aku pulak jenis tak sebati dengan madu. Aku makan jugaklah. Nak rasa punya pasal. Malam tuuuu, aku muntah teruk hingga demam. Rosak hari raya aku dengan sakit sakit tu semuaa. Sejak tu, aku tak suka madu. 


Hari raya menjelma, maca-macam sale diadakan. Masa tulah shopping complex, pasaraya, butik, pasar malam, kedai jahit baju dipenuhi orang ramai. Nak beli kelengkapan raya lah katakan. Paling feymes ialah baju. Dah lah sekarang ni macam macam trend. Macam macam gayanya. Tapi aku lebih prefer baju yang simple simple. Tiga L. Longgar, labuh dan lawa. Warna jugak memainkan peranan yang penting. Hm selalunya time nak beli baju raya ni semua, mesti pergi dengan family. And selalunya mak yang pilih. Bila aku kata nak itu, ada saja yang tak kena. Ikut jelah apa yang mak pilih. Tapi selalunya, baju yg mak pillih sentiasa okay. Nak pakai hingga raya 2 tahun seterusnya pon masih elok.

Thats why lah kat dalam almari baju tak banyak baju trend. Peplum, baju seluar tudung tribal pon tak ada. Mungkin readers semua boleh kata aku ni ketinggalan zaman bagai. But guess what, baju tu semua yang cover aurat aku. Tak ketat. Tak singkat. Setiap kali pakai shawl/baju singkat sikit or jarang or ketat, mesti family aku tegur. Sindir, perli, pedas tu belakang kira. Janji maruah terpelihara.



Hari rabu, aku ber'family bertolak balik kampung di Kedah. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam, hanya  bisa termenung ke luar tingkap kereta sambil dalam fikiran memikir lauk apa berbuka petang nanti. er... heheh. Yee inilah kampung guaa. But actually rumah dua tingkat. Pelita tu maybe tak ada. Dan jugak lampu liplap tuu .. hm mungkin jugak tak ada. Sekarang sambutan raya dah tak macam dulu. Masa aku still kemetot, pelita keliling rumah. Jiran sebelah rumah tu pulak rumah cousin aku. Jadi terus sambung pelita hingga ke rumah dorang. Lampu liplap depan rumah memang menarik perhatian. Then ada paper koyak-koyak bawah tuu ada tulis Selamat Hari Raya. Setiap tahun, ramai cousin balik kampung. Rumah memang besar. Kami pusing main satu rumah hingga tercungap-cungap. Tak kira tua muda kurus tembam cekeding perempuan lelaki dan sebagainya. Bagai aur dengan tebing kami berkerjasama buat istana menggunakan kusyen kerusi.

Masih tak lupa, kami susun kerusi meja makan kat ruang tamu and buat musical chair. Bukak lagu rancak guna phone cousin yang ada phone. Yelah dulu still kecik kecik mana ada phone. Bergegar rumah tunggu nak runtuh dengan suara terjerit-jerit gelak-tawa cousins. Serius miss that moment :') Bila malam sikit, kami main bunga api kat depan rumah. Time hujan pon kami redah je. Asalkan happy! Masih tersimpan gambar-gambar dulu dalam album. Aaaah rinduu! Tak tahulah tahun ni macam mana. Semua dah besar besar. Kalau kecik pon, masih baby. Hmm.



Satu benda yang aku tak pernah tak buat time hari raya ialah pakai inai. Dah macam benda wajib ja. Memang feberet aku. Tapi aku prefer inai daun yang baru dipetik *cewahh* daripada inai lukis. Balik kampung, malam raya tu terus mintak cousin petik dekat kampung dia. Mintak tok giling, then mak yang pakaikan. Sentiasa kemas dan bersih. Takpayah pakai salotip kalau mak yang pakaikan. Hahaha tapi problem aku, tak boleh pakai sebelah ja. Mesti dua dua belah! Sebab nanti mesti rasa kekurangan. Kesian tangan lagi sebelah sebab tak pakai jugak. Lepas tu bila tengah tunggu inai kering, nak buat apa pon tak boleh. Kejap panggil adik tolong ambik itu, ambik ini. Yey ada bibik! xD Sebab taknak susahkan sesiapa, before pakai, siapkan tempat tidur then barulah pakai. Then ambik plastik and balut tangan. Tidur dan esoknya nikmatilah inai kat tangan yang comot ...... 

Tapi ntah macam mana malam raya tu aku sampai kampung, cousin aku kata inai tak ada. Tak bermakna raya tanpa inai T_T Pagi hari raya tu, aku pergi beraya rumah sedara mara dengan family. Sampai satu rumah tu, ada inai. Kami ambik lah bawak balik rumah. Malam tu terus pakai. Tapi inai ni tak terang. Kejap je boleh hilang dah :')


Satu benda paling penting time raya selain takbir, solat sunat raya, ziarah menziarahi dan sebagainya ialah duit raya. Kalau ditakdirkan duit raya tak pernah wujud, nescaya rumah jiran sejagat akan sunyi tanpa kehadiran bebudak beraya. Apa yang bebudak tu semua buat kat rumah? Perabih kuih raya. Tak pun buat kilang air liur basi. Tapi sekarang time raya ja dalam otak mesti pikir "Duit rayaa, im coming!". Tak kira umur berapa sekalipun, kalau dapat duit raya of course tersengih sengih kerang busuk. Er, mungkin warga emas dan warga bayi tidak sebegitu xD 

Sesetengah ibu mak umi mama ni menggalakkan tujuan anaknya pi kutip duit raya semata-mata. Boleh je cakap "Pergilah beraya rumah makcik sebelah tu ha. Nanti mana nak tau rezeki korang dapat sepoloh hinggit" semata-mata nak suruh anaknya beraya. Ish ish ish. Tapi bila dah beraya rumah orang, dapat seringgit je dah merungut. Zaman sekarang dapat RM50 baru terbeliak mata. Seringgit tak pandang dah. Teringat dulu dulu time kemetot lagi, selalu lawan duit raya sapa paling banyak dengan adik/kakak. Beraya sakan! Last last masuk bank jugak. 


Bab mercun, memang feymes. Lagi seminggu nak raya pon dah ada orang bako mercun. Entah macam mana jemaah terawih survive dengan bunyi yang memang kita semua tahu. Nasib baiklah aku jenis tak kuat melatah. Tak jerit, tak buat muka terkejut. Kadang kadang kalau terkejut sangat, bahu je terangkat. Pelik bila tengok orang lain, bunyi mercun pop pop pon terjerit macam pontianak depan mata. Boleh pecah telinga kalau duduk sebelah dia. Hmm, dulu dan sekarang bila balik kampung time raya, even sepupu dua tiga orang, masih 2/3 tahun pon kami still celebrate dengan fireworks ni. Masa otw balik kampung, mesti abah singgah kedai and beli mercun. heheheh.

Tapi paling bestnya time raya Cina. Aku duduk rumah flat. Area depan balkoni rumah aku, sederet rumah teres didiami orang cina. Setiap tahun mesti ada mercun besar. Kami ber'family just duduk kat balkoni sambil menikmati mercun yang memang besar gila. Beratus ringgit satu mercun tu. Berwarna-warni. Bunyi pon besar lah. Bergegar woi! Orang tengah tidur mimpi esok nak nikah pon boleh tersedar. Irfan, my little brother pon tengah tidur, boleh bangun tanpa nangis sebab excited nak tengok bunga api. Seronok! :D

Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh includekan dalam ni. Tapi you know .... penatlah nak buat doodle lagi. Kalau ada benda yang lukis guna pen/tangan tu takpe gak. Ni guna mouse saja. Apa apa pon, aku enjoy buat doodle tu semua sebab dah lama tak bukak SAI. Sejak start trial pmr. Sekarang boleh lepas rinduu. Heh heh.

Till we meet again biiznillah Ya Ramadhan :') 

Ada seketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
fikiran khilaf mentafsir,
dan hati silap menduga,
Mohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilalukan sama ada yang tidak sengaja mahupun tersengaja. May Allah's blessings be with us today and always. 

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Parody JoHaRa



Assalamualaikum wbt. 
Tadi disebabkan bosan yang teramat, aku stalk http://era.fm/#. Masuk je website tu terus ternampak perkataan parody. Tu yang tarik perhatian tu. Serius lawak habis. Gelak tak henti xD Okay selamat menonton dan selamat ketawa. Maklumat lanjut di http://era.fm/# 

Story



Assalamualaikum wbt.
Hi there. hehe alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menaip untuk entry ni. Hari ini, 2 ogos, tamatnya trial pmr secara rasmi bagi sekolah aku buat selama lamanya sebab tahun depan dan seterusnya dah tak ada pmr kan kan? Itu pon kalau mansuhkan pmr tu tak ditarik balik lah. Jadi bolehlah aku ambik kesempatan ni untuk onlineeee. yey! Terima kasih kepada sesiapa saja yang wish goodluck. I really really appreciate it. Dan yang dah doakan aku tuu, thanks so much. Manalah tahu kan dalam diam-diam ada orang doakan. haha apa apa pon goodluck kepada pmr candidates yang dah habis trial, selamat menunggu result. Abang kakak yang tengah dan akan facing trial spm tu, goodluck k.Yang tak habis lagi trial pmr tuuu, haaa jangan ingat raya ja. Trial tu yang paling penting k ;)

Sedar tak sedar tinggal lagi lima hari kita puasa. Rasa macam sat saja dah nak raya. Raya tahun ni mesti paling bermakna sebab tak payah fikir pasal exam dah sebab trial baru je habis. Puasa tak tinggal! yeyy. Eventhough pmr is just around the corner, apa salahnya kan nak ambik masa bergembira di hari raya even bila hari raya terperap dalam rumah ja. hahahhahahahhaahahha *lempar buku jauh jauhh* Tapi tapi tapi lepas school break for 2 weeks ni, cikgu kata ada exam exam exam sehinggalah 2 oktober, pmr. Idk kenapa nak buat exam banyak banyak. Tension duduk atas kerusi berjam jam. Nak bercakap pon tak boleh. pffftt.

--------------------------------------------------------- Yesterday -------------------------------------------------------

Semalam 1 ogos, ustazah a.k.a pk pentadbiran sekolah jemput kami satu kelas 3A iftar dekat rumah dia. Happening gila malam tu. Kami kena bawa makanan sikit-sikit ala ala potluck gitu. Petang tu dalam pukul 6 setengah kelam kabut bersiap sebab mak nak hantar. Last minute baru nak bagitau boleh hantar. Semalam pergi sana pakai baju jubah ala ala dress sikit yang dapat daripada sponsor from giveaway yang aku pernah menang dulu. Jadi nak pergi jalan pon memang tak boleh ah. Dah lah jauh. Lepas ambik fathin, terus pergi sekolah and berkumpul kat situ sebab ramai yang tak tahu rumah ustazah kat mana. Takut jugak nak keluar kereta sebab takut baju tu over sangat. Nak iftar je pun. Tapi bila dah keluar, "nak pi meminang ke ni?" ayat tuuu ja deret dengar. Dalam hati "ha yelah. Meminang crush" --'


Sampai je depan rumah ustazah, terpegun sekejap. Baru depan rumah dah nampak perghhhh cantik gila rumah dia. Ala-ala vintage gitu. Masuk rumah, ternganga xD Rumah idaman tuu. Tiga tingkat, ala-ala vintage. Jeles muchh. Then lepas ambik wuduk, terus duduk atas sejadah sementara tunggu azan maghrib. Lepas azan, minum air sikit then terus solat yang diimamkan oleh ketua kelas. Lepas solat, terus serbuuuuuuu makan. Yang tak boleh puasa tu ha yang melebih-lebih. Tak cukup sepinggan. Macam-macam makanan adaa. Nasi ayam madu, sate, karipap, donat, finger maiyonis, kek coklat, mee goreng, dadih and more. Serius terkejut tengok makanan sedap sedap. heheheheh.

Lepas makan, kami sembang sembang dengan family ustazah. Lepak rumah dia lama-lama sementara tunggu parents mai ambik. Sesi fotografi jugak disediakan. hikhikhik macam macam kerenah. And orang yang menaip ni pon dua kali lima jugalah. Seronok sangat iftar dengan classmates & ustazah semuaa. Tak rasa awkward sebab kami memang rapat. Kenangan yang akan tersemat dihati buat selama lamanyaa. cewaahhh!

Fathin and mee. Baju tu hadiah daripada sponsor kepada satu giveaway yang aku menang. heheh best pakai.

Di sebalik tabir. Tengah tunggu student lelaki ni haa. Lambat benor sampai sempat snap snap.

Cantik rumah ustazahhhh :')

With ustazah. Tiga dari kanan :)

----------------------------------------------------------- Today --------------------------------------------------------

Tadi ada sambutan khatam Al-Quran dan hari raya. Sampai sekolah pagi tadi, iffa balqis syuhada semua bising kata 'dia' handsome la, smart laaa. Keinginan untuk jumpa dia semakin berbuak buak. cewahh. Tadi pergi lambat sikit sebab hujan lebat. Takkan nak redah je hujan tu dengan naik moto. Before berkumpul kat dewan, kami ada lagi satu paper trial seni. Jawap sebelah mata je. Betul ke salah ke tak kisah dah. hahaha tak penting :p Sepanjang berjalanan pergi dewan yang betul betul atas bukit, mata meliar cari dia. Tetap tak jumpa. Tension betul. Trial punya pasal, kami masuk dewan lewat then terpaksalah duduk belakang. Sementara tunggu acara start, kami sembang sembang. Tiba-tiba nampak dia. Masuk dewan dengan bergayanya. Penuh kehandsomeman. lol sumpah nampak lain ..........................

Dapat tengok sat sajaaa sebab takut dia terperasan aku tengok dia. Sobsobs. Habis je sesi salam salam dengan cikgu, kami terjumpa cikgu pauline kasi duit raya dekat student lain. Apa lagi, terus serbu nak duit raya nak duit rayaaa. Macam budak budak pon ada. hahaha okay ah, cikgu sporting x
D  Dia satu-satunya cikgu yang kasi duit raya :'


Hm cumaa .. sedih. Lepas baca Yassin, langsung tak nampak dia. Tak tahulah menghilang kemana. Punyalah tunggu dia sebab harini hari terakhir sekolah. Dua minggu nak cuti :'
( Sampai fathin kata dia boleh buat novel pasal ni bertajuk Setia menunggu. Hm, nevermind lah. Selamat Hari Raya,readers. Mohon maaf kalau selama ni aku guna ayat ayat yang megguris hati dan perasan readers sekalian. Dan jugak penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua, sorry sangat sebab memang dah terbiasa guna macam ni. Kalau nak guna nama memang awkward sangatlah. haha okaylah bye, goodnight :*