15th Birthday!



Assalamualaikum wbt.
Phew dah lama jugak aku tak update blog. Kononnya nak hiatus, tapi masih update lagi. Since harini birthday aku and aku rasa sangat sangattt happy jadi takkan lah aku taknak share kat sini kan? Tak tau macam mana nak describe happy ni tapi memang really damn happy! Lebih happy dari tahun lepas yang disambut suram. Tahun lepas aku tak berapa kamcing dengan bestfriends aku yang sekarang ni, jadi kami tak celebrate birthday macam tadi. Tahun ni aku dikelilingi bestfriends yang ramai dan gila gilaaa. Jadi depa sambut birthday pon gila gila ah. Nak tau apa? Teruskan membaca.

Ini hari ada sekolah ganti untuk raya aidilfitri yang lepas. Cikgu ambik tarikh 21 september ni untuk buat hari kantin 2013. Memula tu happy bagai nak rak aa takpayah pergi sekolah bila birthday nanti. Tup tup hari ganti plus hari kokurikulum and students nak bawak apa pon cikgu tak ambik tau. Aku takut a nak pergi sekolah tambah lagi dari belum bulan september lagi fathin and the geng dah buat rancangan jahat nak serang aku. Jadi harini aku bawak baju and tudung extra takut telur melayang atas kepala. See, teruk betul budak budak nowdays sambut birthday camni. Jadi pagi tu aku sampai je sekolah terus masuk kelas. Kami kena belajar dua masa dan dua masa tu jugakla kami bising, menyembang bla bla bla. And satu masa tu aku check laci meja ada satu hadiah and surat. Aku baru je nak baca, fathin bising. Buka dekat rumah la, apa la. Sempat jugak aku selak sikit. hehehhehe *evilaugh* Time tengah sembang tuu, cikgu chong ajak tangkap gambar. Time tu pulak classmates aku tak ramai sebab ramai yang melilau. lol aku tak tau kenapa classmates aku kejap ada kejap tak ada. Habis je sesi senyum senyum kambing, peace bagai cikgu chong panggil aku.

Ni gambar aku culik dari fb cikgu chong. Aku tiga dari kiri, line belakang. Tengok orang je, jangan tengok kelas. Kelas pon dah bertaburan daa.

Cikgu chong : Illiya illiyaa.
Aku : Ha? (muka blur)
Cikgu chong : Birthday harini kan?
Aku : Haa ... er *angguk angguk* (aku rasa semalam dia dah tanya)
Cikgu chong : Nanti ambik eskrim aa. Bagi free la birthday harini (aku tak ingat ayat dia cemana ekceli)
Classmates : Ni balqis?
Cikgu chong : Oo balqis jugak ka? Takpala takpala 2 orang bagi free 

Haa lagi sorang bestfriend aku ni birthday sama dengan aku. Setiap tahun dia akan tanya aku lahir pukul berapa. Dan setiap tahun tu jugak ler aku garu kepala sebab aku rasa setiap tahun aku dan kasitau dia. So lepas cikgu chong keluar, weolls masih membising hingga tak sedar hari koko dah start. Tahun ni tema sukan. Permainan pon sukan sukan jugak ar. Satu acara je yang aku join is Treasure hunt. Sumpah aku cakap penat gila. Bayangkan la kena lari ke sana ke sini, bawa bendera buatan sendiri dari bahan kitar semula. Satu problem paling bermasalah ialah setiap checkpoint macam hampeh. Pergi satu checkpoint, kami kena nyanyi, buat gwiyomi, berlakon, baca doa makan, main golf and so on. Dah ar penat jadi checkpoint, pastu kena berlakon lagi. Satu lagi benda tak logik kena buat, cari uban sepanjang 3cm. What the .... Last lastcikgu chong jugak la yang kami cari. Bising ar dia. Cikgu kata dah ramai mintak kat dia. Aku turut bersimpati. 

Group aku number 6. Nama kumpulan Fayun sebab 'Fa' for Fathin. 'Yun' for Yunme. Kalau ada apa-apa yang melibatkan group utk aku dengan fathin, nama ni jela kami guna. Sweet kan?

Ohya, kami berpatner. Dan aku opkosla dengan fathin. Bila tak jumpa checkpoint, kami tanya group lain. Nampak tak semangat kerjasama kami semua? hehe dah selesai semua checkpoint, kami pergi cari cikgu Liu yang jaga treasure hunt ni. Cikgu kata masih tak lengkap. Aku dah penat melilau satu sekolah sebab nak cari checkpoint and cikgu suruh pergi cari lagi? Huh. Kami jumpa Fatini dengan Inah sebab nak tanya pasal satu lagi soalan tak lengkap. Inah kata cari cikgu Faiz. Disebabkan penat sangat, jadi kami ikut je apa yang inah bagitau tu. Makan pon belum lagi, dah kena berjemur tengah padang, nak cari cikgu Faiz punya pasal. Kami tanya ramai orang, ada yang kata kat sana, kat sini and kami ikut je sampai pengsan (ni tipu). At the end, Anis bagitau jawapan soalan tadi. Bukannya kena cari apa pon! Kena lukis molekul dan label je pun.....

Nak tau tak apa kami dapat lepas penat ronda satu sekolah for treasure hunt tu? Satu super rings, lolipop and sumi? lol okay takpe aku bersyukur. Habis tresure hunt, kami serang gerai air. Aku pergi gerai PKBM, ais habis. Takleh jual dah macam ni. Jadi kami serang gerai air form 6 then kami lepak dekat bawah khemah betul betul tepi kedai air form 6 tu. Banyak kali kami ulang-alik beli air kat situ. Nasib la sedap. Kalau tak sedap, disqualified! 

Baru lepas habis treasure hunt tu. Nampak muka penat kami?

Gambar tadi air lain, ni air lain. Hebat?


Eskrim pulaaaa. Ni eskrim free dari cikgu chong :D

Kadang-kadang aku pelik dengan perangai aku sendiri.

Ni gambar dari phone Fatini. Aku curi. Nampak tak eyebags aku tu? Tu sebab aku tido pukul 2.30 pagi semalam. 

Gambar atas ni semua, kami tengah rest sambil goyang kaki baru habis treasure hunt. Jadi aku pun ambik la camera, snap sikit. Time ni sapa yang bawak phone boleh tayang kat semua orang sebab memang bebas. Cikgu disiplin yang duduk belakang tu pun relax je join kami snap guna phone fatini. Time tu kalau tak silap tengah tunggu cabutan bertuah. Rasa menyesal gila beli kupon banyak banyak sebab nak number cabutan bertuah, last last habuk pun takdak. Takpe aa takde rezeki nak buat cemana en. Lempar kertas number cabutan bertuah tu atas meja macam orang baru lepas putus cinta lempar phone xD Fathin pon tak puas hati, ambik kertas orang lain lempar atas meja. Drama betul.

Sebelum keluar sekolah, aku jumpa kakak aku nak tanya balik dengan apa. Fathin and the geng gelisah semacam ar, takut aku balik dengan kakak aku jadi depa takleh jalankan rancangan jahat depa. Sebab nak balas dendam aku baling tepung kat dia time bday dia dulu, dia ajak aku balik dengan dia. Memula tu dia ajak pergi beli topup tepi sekolah. Aku pusing je nak patah balik, tepung and bedak penuh dah kat muka. Pakcik kedai topup pon terkejut. Aku apatah lagi. Tersentak, tak cakap, tak bergerak. Tak sangka la depa nak buat kat situ jugak. Dah ar orang ramai lalu lalang (takdela ramai sangat). Bila dah sedar aku dah diserang, cepat cepat aku sapu bedak tu semua. Wangi bedak baby tu. haha

Depa pon tolong la ketuk ketuk kepala badan aku aku. Kononnya ada bedak kan. Juniors tepi tepi tu pun usha pelik je. Lagi satu suprised, fathin pun kena sekali. Satu plastik penuh bedak fatini baling kat dia. Dah la Fathin memang betul betul kat tengah jalan (tepi sikit la, kalau tengah-tengah dah kena langgar dah) Lebih teruk dari aku kot. Hehhehehehehe fatini kata bestfriend birthday girl pon kenalah kena jugak. Tahniah fathin.




Gambar 1 & 2 -Time ni depa tangkap gambar secara spontan. Tetiba je bawa keluar phone pastu snap. 
Aku berdiri kat situ tak gerak langsung. wuuu masih terkejut. 

Gambar 3 - Kat bus stop sebab fathin nak pi marah fatini. hahha fatini lari sampai kat bus stop ni haa.

Lepas pergi kedai beli air (air lagi?) kami tunggu kat bus stop lagi. Nak balik jalan kaki memang tak ar. 20 minit nak jalan boleh patah kaki kot. Tapi yang tak best nya, kami naik je bas and bagitau nak stop kat satu bus stop tu, pakcik tu perli sindir kami. Dia kata kat mananyaa tempat tu. Aku ingat pakcik tu tak kasi naik, jadi aku turun balik. Tetiba pintu bas tertutup and aku berdiri sorang sorang kat luar. Iffa dengan fathin dah ready nak pergi duduk. Bila fathin kalih belakang tengok aku takde, baru la pakcik tu buka pintu balik. Takut gak ar nanti kena tinggal xD Yela aku jarang naik bas. Satahun 2, 3 kali je. Tau tak pakcik tu bohong aku? Dia mintak aku bayar singgit empat puluh sen padahal kena tujuh puluh sen je. Aku pun dengan bodo je kasi singgit empat puluh sen tu. Bad day.

So today aku tertido sampai pukul 6. Ye la penat sangat. Bas tu bukannya hantar depan rumah. Kena jalan agak agak dalam beratus meter. Best betul tido dikelilingi hadiah. Aku baru buka hadiah sebenarnya. Pastu terus tertido. hehehehehe dan sekarang aku tengah dengar orang nyanyi lagu Happy Birthday kat rumah teres depan flat aku ni haa. Tak tahu lah konsert ke pe, tapi memang kuat. Siap karaoke. Takpe la dia nyanyi untuk aku. Dua kali pulak tu. Terima kasih terima kasih hehehehehhe. Kalau tahun lepas sambut birthday dalam kelas. Time tu ada jamuan apa ntah, aku bawa kek birthday aku. Tapi takde sapa nyanyi hepi besday *lap air mata*  Kepada sesiapa yang wish, terima kasih sangat sangat. Rasanya birthday tahun ni memang the best ever bila sambut dengan kawan kawan dan bukannya boyfriend. Alhamdulillah ..


HIATUS



Assalamualaikum wbt.
So today i just want to make an announcement that im going to make 'hiatus' for my blog (blog only? lol) for awhile. I've been too busy with blog's codes and many more and i just dont have time to prepare myself for pmr. So that i have to take this way to concentrate with my studies. I dont even start studying eventhough i know that pmr is gonna haunting me soon. Since i realize that i should start study right now, i'm taking this chance to make an entry to tell my fellow stalkers that im gonna take a break for 23 days, 16 september until 8 october 2013. Quite long huh? It's also for the benefit of myself so i have to sacrifice a little. hahahaha

Okay stop speaking sebab english aku sangat teruk. Jadi dengan ini, aku mohon maaf, doa dan restu (eh?) anda anda semua supaya saya boleh menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013, iaitu batch terakhir yang akan buat semua orang terkejut dengan result yang memang gempak gila (insya-Allah), dengan tenang, aman, bahagia, harmoni dan yang sewaktu dengannya. Aku terpaksa a berkorban semata-mata nak score 8A ni! Well sebenarnya aku nak start study dari semalam lagi, tapi sebab nak online sangat kan, last-last apa pon tak dapat.

Jadi ...... Selamat tinggal dunia, blog .....

Misteri


Itu hari aku ada tweet yang aku dah takmo dating dengan coding-coding blog setelah menyedari yang pmr is just around the corner. Tapi esoknya aku dah memungkiri janji aku sendiri dengan mengedit blog. Boring a asyik tengok skin yang sama. Kadang-kadang masuk blog bloggers lain, jeles k jeles. Dulu rajin jugak la aku edit 2/3 hari tak tido semata-mata nak edit blog dan ... yelah aku boring jadi aku tukar skin baru. Bila dah tahu edit blog, selok belok coding memang best a nak edit. Segala macam button dalam blog pon boleh buat sendiri dengan softwares yang memang banyak didownload dalam lappy ni. Ye for sure aku lebih suka edit sendiri dari tempah dari mana-mana blogger yang buat tempahan. Kadang kadang aku terfikir, bila aku boleh stop edit dan stay dengan skin tu. haha

Bercakap (typing*) pasal pmr, im unofficially bebas dari sebarang exam yang ada sebelum pmr dan sekarang counting days to pmr. Wuu untung lah bebudak upsr dah merdeka. Aku jela yang tak tahu bila nak sedarkan diri supaya start study dan tinggalkan blog for a few days till pmr's end. Sedih.

Jadi oleh itu, aku nak memperkenalkan skin terbaru aku (takde kena mengena) Treenenenenett dari kelabu ke pink. Aku tak tahu kenapa jadi pink padahal aku tak berapa nak kamcing sangat dengan pink. Susah nak cari code warna. Pink jela yang aku dapat. 


Satu masalah aku kat skin baru ni, aku baru tambah bloglist yang baru pes time aku guna dan aku tak tahu nak letak blog apa. Disebabkan aku dah jadi silent-lover-reader-blog kak Fatin Liyana, jadi blog dia yang pertama merasmikan bloglist aku. Hahahahha guess what? Harini baru habis aku treasure blog dia dan dah sampai ke first entry time 2009. Stalker terhebat ni *evil laugh* Satu lagi peningkatan, aku dah start ber-nuffnang dan 8share. Ekceli aku dah lama created acc nuffnang, tapi disebabkan kedaifan dan kebluran aku yang tak tahu nak guna nuffnang ni, jadi aku biar cem tu je. Sekarang aku banyak baca entry bloggers lain yang sangat happy bila dapat CPUV dan aku teramatlah jeles. Aku pon start letak ads nuffnang dalam blog tapi earning tetap macam dulu, dua ringgit dua puluh lima sen dan aku happy. *fake smile*

Nak tolong tambah? 

Satu lagi, aku nak berterima kasih sangat-sangat kepada pengirim misteri novel yang aku dalam 2 hari lepas iaitu 11 september 2013. Tengok betapa busy nya aku hingga tak sempat nak buat entry penghargaan? Aku betul betul tak tahu dan tak ingat, sejak bila aku menang novel? Dah lama tak join ga dan dah lama tak menang. Nak kata masa zaman tok kadok dulu time aku active join ga, tak pernah pulak aku menang novel. Tapi dah rezeki kan. Atas paper poslaju tu pun ada full name aku. Jadi terima kasih sangat sangat kepada Ahmad Shafawi Dzulkefli atas pemberian anda. Saya amat menyukainyaa *senyum hingga ke kening*

Jangan bersedih. Jadilah wanita yang paling bahagia.
Wuuu memang aku sangat sangat memerlukan buku ni. Thankyou thankyouuu

Preview dalam. 

P/s, selagi belum update pasal ni, selagi tu aku tak baca buku ni. 

Heliza Helmi - Jom Zikir [Music Video]



Assalamualaikum wbt. 
Harini, aku ter-skip dua paper exam gerak gempur pmr sebab tak pergi sekolah dan aku still boleh tersenyum senang sambil dengar lagu ni. Sempat lagi onl padahal esok paper math dengan geo. Sempat lagi update blog. Sempat lagi blogwalking dan terjumpa lagu ni dari blog http://www.jiakreatifelt.com/. (credit) Best lagu ni. Seronok tengok Heliza Helmi. Oh nak sangat jadi cem Heliza :')

* Abrakadabraa *

Sama tak, sama tak? wuahahahhahahahhaa (beri tumpuan kepada tudung 'kami' XD)

Art Trade with Faranym


Assalamualaikum wbt.
First, terima kasih sebab sudi ber-art trade dengan saya. Second, sorry sebab lambat. I received fara's art 2 or 3 days ago and here's my art for you. hehe Third, sorry sebab terlalu besar sangat. Tak tahu lah kenapa selalu sangat buat besar besar. Tema doodle opkos laaaa Boboiboy sebab tema blog Fara macam tu. Hope okey la ye. hehe visit her blog heree http://faranymboboiboy.blogspot.com/

Amaran keras
Dilarang ambil, copy, crop doodle di atas kecuali Faranym sahaja.

Ini dari fara. Cantik rambutt tuu. Terima kasih ^^