5 things I hate the most

Di pagi yang hening pada first march ini, aku dikejutkan dengan satu mesej dekat cbox oleh Amira Azahar. Mesej itu berbunyi.. "anda ditag!" Lalu aku dengan gembiranya menyambut seruan tersebut dengan mewujudkan entry ini. Peh aku sebenarnya dalam mood hiatus ni, memandangkan lagi dua hari nak dapat result SPM 2015. Ke-neves-an nak ambik result tu aku rasa macam belum sampai lagi sebab aku masih relax online dari siang ke malam hm cuma tulah, harap yang terbaik saja. Insya-Allah :')

RULES!
Buat satu entry bertajuk "5 Things I Hate Most" dan senaraikan lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entri tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

5 THINGS I HATE MOST


  1. Tempat berselerak, kotor, busuk
    - Ini kalau aku jumpa siapa yang suka hati jiwa raga dia je buat sepah haa terima lah sumpah seranah guwe. Akan ku kemas-cuci-tonyoh sampai licin selicin kepala org yg botak (bila ada mood saja la muahaha)
  2. Serangga kecik
    - Including lipas, aku alergik.
  3. Sayur
    - Ini sort of tak suka, bukan benci. Sebab sayur ni bagus, aku je tak bagus sebab tak makan sayur.
  4.  Budak-budak (toodler)
    - Depends la sebab toodler ni ada yang suka perhati orang sambil-sambil tu isap jari. Kadang tu aku tak senang duduk bila mak dia pun macam nak aku main acah-acah dgn dia. pfftt. Tapi kalau budak dengar cakap, comel, baik tu aku suka. (kahhhh)
  5. Orang tak tepati janji
    - Orang begini layak dihukum bluetick sampai aku rasa bosan baru cari balik.
Mangsa tag: syahidahfadilahmaryamsyifafarrashaz




Online shopping

Rutin harian aku pada setiap pagi yang hening selalunya tidak lain dan tidak bukan adalah menghadap telipon bimbit, scroll instagram. Aku punya desire membeli-belah dah makin menjadi-jadi sejak aku kebosanan terperuk dalam rumah tak tahu nak buat apa. Bukan taknak keluar tapi sebab tadak peneman. Perangai aku bila ride motor sorang-sorang ni dah boleh kira macam merempit. Cepat gelabah satu hal. Kena hon dengan kereta pun dah jadi halwa telinga (lololol). Kalau boleh dekat traffic light nak berhenti lepas dari line putih. Kalau tak lepas line rasa macam noob bhahaha (bukan selalu). Tapi bila ada member, baru la bawa motor dengan senonoh sebab boleh follow up belakang dia menyelit kiri kanan. Kalau sorang-sorang aku rela berhenti belakang kereta buat muka kerek (kahkahh) sebab pernah sekali masa menyelit tengah-tengah kereta and van. Tak sengaja ku terlanggar side mirror van masa menyelit. Perasaan masa tu lega sebab van takpa sikit tapi kalau side mirror kereta yang kena, mati la nak...

Dalam akaun instagram aku, 1/4 senarai following adalah insta manusia normal yang ku jadikan inspirasi. 3/4 lagi adalah insta manusia ciptaan Ilahi yang gigih update ig siang malam berniaga sampai boleh buat aku tak tido malam beriya-iya 'OMG NAK BELI NAK BELI!' tapi duit kering kontang bak gurun sahara. Bila ada sale lagi la gila.
Pernah sekali (tipu sebenarnya banyak kali) aku tampar-tampar pipi, katok kepala nak bagi sedo diri "ohoi wahai diri yang tak sedar diri! membazir itu amalan syaitonnnirojim". Apalah nak jadi. Ni lah kesan negatif online shopping. Sejak aku kenal dan reti online shopping, aku dah kurang shopping walk in kedai ke kedai. Diri ini sangat tak berkenan dengan promoter yang suka ikut belakang atau customer lain yang sibuk tengok barang yang kita tengah tengok like hey sabarla bagi la aku puas meneroka dulu T_T

Ada satu instashop kasut favourite aku @shiningsshop bukan je murah, tapi good and fast services. Tiga kali repeat order like a boss. Tapi bila keluar memana bukan pakai kasut yang beriya beli tu sebab suka pakai kasut mak HAHA tak tipu kasut mak ni penyelamat bila kasut lain tak matching dengan outfit. Haah ni lagi satu perangai tak senonoh aku. Cerewet. Aku rela cancel the plan untuk keluar jenjalan kalau tadak outfit yang betul-betul match dengan mood pada hari berkenaan. It is really a no. Nak kena perbaiki balik perangai-perangai ni hmph


Online shopping ni memang satu addiction yang tak dapat dielak dengan serta merta. Walaupun poket dah rabak seluk-seluk takda duit, purse pun dah kelepek sebab selalu buka tutup isi tak kunjung tiba, gigih juga aku begging minta mak belanja hahahhaha ini jangan harap nak dapat. Tapi bila dah dapat beli, dah dapat barang, serta merta rasa menyesal dan bersalah. Perasaan ni aku rasa para kaki online shopping di luar sana mesti dah biasa. Huwaa duit tu kalau simpan boleh buat beli makanan sedap sedap! perut kenyang hati pun senang T^T

Selama 2 tahun aku online shopping, tak pernah lagi kena tipu. Ini memang bersyukur sangatlah. Selalu dapat barang pun in a good condition. Rasa berbaloi beli kalau kena dengan jiwa. Bagi mereka di luar sana yang dalam keraguan nak syopin online, ini tips simple and adorable dari hakak ilya

  1. Make sure dah banding harga dengan instashop yang lain sebab barang yang dijual online selalunya sama (kecuali bagi barang yang tak sama huhu)
  2. Tengok followers. Paling banyak paling bagus
  3. Tengok feedback dari customers yang lain. Kalau tak ada dekat insta, minta je dekat seller. Kalau seller taknak kasi jangan beli dekat dia HAHA
  4. Bila jumpa barang yang nak dibeli, screenshot dulu. Peram dalam galeri. Lepas bertakafur dan istikarah dan yakin, baru beli.
  5. Hengkorang kalau ada apa-apa nak tanya, terus tanya dekat whatsapp. Kalau nak comment dekat gambar buat penat je. Tak semua instashop reply dengan jelas and in detail.
  6. Bila whatsapp dengan seller, terus straight to the point nak beli apa saiz apa warna apa sebab tak semua seller sangat ramah dan sabar melayani customer yang tanya soalan satu per satu. Kita mudahkan kerja orang, orang pun senang berurusan dengan kita. Alright?
  7. Most importantly, sabar sehingga barang tiba. Bila anda buat keputusan untuk online shopping, risikonya anda yang tanggung. Sebab tu awal-awal lagi kena yakin instashop tu boleh dipercayai. 

Aku pernah beli kasut (kasut lagi kahkahhh) yang pre-order. Sebulan tunggu. Walaupun dalam kerisauan, takda pula selalu tanya seller bila barang nak sampai, bila barang nak sampai. Ada gak customer yang jenis tak sabo-sabo ni. Sabar lahaii nak, sabar separuh daripada iman. Memang sebenarnya online shopping dekat instagram ni banyak cekadaknya. Kalau silap saiz, terbesar ke, terkecik ke, tak lawa ke, material kurang baik ke, indah khabar dari rupa ke, itu membawa kepada menyesalan abadi. Jangan ambil langkah kurang bijak dengan meratapi kesedihan hidup anda. Ambil masa 5 minit untuk anda menangis dan meratapi lepastu jual balik dekat orang atau jual preloved dekat insta. Sekian.



Catatan


Pernah tak suatu hari kita pergi memana, terjumpa seseorang yang kita tak kenal, tapi kita rasa nak tegur. Rasa nak cakap dan nak nasihat. Terdetik dalam hati, tegur atau tidak? Akhirnya kita end up diam dan perhati walau hati ni nak rabak sebab wujudnya manusia sebegini. Kita rasa bersalah tak cakap, but at the same time we're not confident enough to say it out loud. Mungkin tak semua orang tapi aku sendiri alami perasaan macam ni. Selalu.

Tit.

Harini hampir sejam aku luangkan masa aku membakar kalori dengan berdiri dekat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Minggu lepas aku telah lulus dengan jayanya ujian JPJ. Dapatlah lesen P untuk lesen kereta ni. Sepatutnya minggu lepas punya lepas tapi, ah sedih pulak nak cerita. Aku failed dekat litar sebab tak pakai tali pinggang keledar. Baru je nak mula. Berhenti je atas bukit dah kena marah dengan pakcik JPJ. Dia kata aku berangan masa dia bagi taklimat pukul 9 pagi tentang betapa pentingnya pakai tali pinggang keledar ni. Petang tu, pukul 3 baru aku dapat naik bukit dengan titik-titik peluh kegabraan yang tak dapat diungkap, mana lah aku nak ingat apa-apa *menangis di sudut bilik*. Aku cuma ingat nak balik makan sebab perut dah laparrrr. Masa tengah lepak-lepak tunggu giliran tu aku dah berniat nak post satu entry pasal ujian JPJ ni sebab aku tahu ramai di luar sana yang belum ambil lesen curious nak tahu macam mana prosedur dia. Tapi disebabkan aku failed di atas kecuaian yang tak dapat dimaafkan, aku taknak update apa-apa. Aku punya kecewa lebih parah dari putus chenta.

 Kembali kepada topik, dekat pejabat JPJ ramai gila aku cakap tak tipu ni hah. Dapat nombor giliran 1089, masatu baru 1021. Kerusi penuh, orang pun ramai berdiri sampai dekat luar. Walaupun ada kerusi kosong, of course aku pilih untuk berdiri sebabnya ada dua. satu; nak kasi mereka yang layak duduk seperti aunty uncle yang sakit-sakit lutut tu dan dua; macam yang aku cakap awal tadi, bakar kalori. Sambil berdiri aku perhati. Ini memang dah hobi aku sejak mula kenal dunia yang fana ini. Diam-diam aku, dalam fikiran ni berombak duri berlautan api.

Suddenly, I saw this girl who wears a scarf, covering her head, but not her hair. Dalam kerabunan aku yang masa tu tak pakai spec, aku yakin dia gadis melayu tulen dalam lingkungan umur 19 tahun keatas. Tudung dibelit macam hijabista normal yang lain. Depan singkat tu sudah pasti, dekat belakang rambut berjurai panjang. Tersentap sikit hati ini. Jauh di sudut hati tak ada niat untuk mengaibkan. Aku tak ambil gambar. Aku perhati je. Ini trend zaman bila? 
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah kenapa pakai tudung kalau tidak dipakai dengan sempurna? Nak kata tengah belajar biasakan diri pakai tudung macam tidak je. Frankly speaking bertudung, atau tutup aurat ni memang pilihan masing-masing. Seperti ayat yang selalu didengar "kubur masing-masing" (mati golek sendiri), tapi bila dah tutup elok dekat atas kepala, rambut pula terdedah dekat belakang kan dah nampak tak manis. Aku sendiri malu memandang, apatah lagi memakai. Duduk dekat Penang ni pergi mana-mana saja ada ramai bangsa cina . Dia orang pun perhati. Aku cakap cara sembang kerana aku bukan dari sekolah agama. Ilmu pun sejengkal mana saja. Ayat pujangga aku tak pandai karang. Alhamdulillah ada blog ni sebagai medan untuk luah rasa. Bukan saja perang perasaan atau diari, tapi perang melawan kemungkaran. Dapat jentik seketul dua hati yang sedang membaca ni, cukup. Biar satu langkah ke satu langkah perlahan ke puncak, daripada berdiri di tapak yang sama sehingga akhirnya jatuh ke dalam tanah, sedikit perubahan pun tak dapat buat.

Honestly, aku percaya semorang ada pendapat sendiri terhadap sesuatu perkara. Sama ada ianya baik atau kurang baik, terpulang pada diri sendiri. Kita mudah judging, tapi kita kurang beri perhatian atau kaji sesuatu benda. Itu kita. Ya, aku sekali. Pendosa.