Miss doodler back to basic


Dah lama rasanya aku tinggal satu-satunya hobi yang ku chentai ini. Pejam celik pejam celik tetiba tersedar almost dua tahun dah kot aku tak mendudel. Setiap hari on laptop tengok sekilas je dekat paint tool SAI sebab sibuk download movies. Haha, masa summer hot gila nak meninggal ni lah kita nak berehat sambil layan drama or movie yang kena dengan jiwa kan? Takyah tipu, mengaku cepat! ke aku je? tehee. Lepas layan Miracle In Cell No.7 semalam dengan air mata yang bertakungan tunggu masa je nak melimpah, aku tak boleh move on ke movie seterusnya. Sebak! haha tak, aku tak nangis, sebak ja *sedut hingus*

Aku ada jugak follow blog and like fanpage doodler dan para pelukis yang berkaliber dan hebat seperti Tangan Punya Kerja, dan banyak lagi lahh! Aku stalk habis sampai rasa nak mendudel menebal dalam jiwa. Zaman dedulu masa masih newbie baru reti lukis guna SAI, aku join doodle trading dengan bloggers lain yang sampai sekarang aku masih ingat. Aku dedulu lukis fully guna touchpad laptop je. Mana ada mouse. Teringin wo nak guna pen tablet yang boleh lukis sukati hahahhaa. Tapi sekarang aku dah ada laptop sendiri dengan mouse sekali (hehe, yay). Benda pertama aku buat haritu ialah install SAI and then transfer semua file and folders yang penuh gambar and doodle lama ke laptop baru guwa. Selepas sesi godek-godek dan meneroka dijalankan, adalah beberapa doodles yang not-so-good-but-still-wanna-show aku nak lekatkan dalam entry ini. Tada!


Nah besar aku bagi. Sori leher gemuk sikit. Ini sebab dulu masa sekolah rendah cita-cita saya nak jadi nurse. Sekarang dah besar niat jadi nurse dah terkubur. Masa jadi ahli St John Ambulans time sekolah menengah dulu banyakla aktiviti selamatkan orang. Benda benda dalam first aid pun aku pernah kena terangkan dekat ahli ahli yang lain. Sekarang dah lupa, pls jangan tanya :') Tapi dalam semua aktiviti yang aku join, aku tak pernah pun selamatkan somebody's life. Yang aku pernah selamatkan ialah selamatkan makanan terus ke dalam perut muehehehehe

Jadi, sampai sini saja kisah saya dengan doodle. Anda bagaimana?


No comments:

Post a Comment

Watch your words, dude.

PAUSE HERE