Saya student Uniten


Selamat petang dan selamat berpuasa hari ke-13 hari ini. Aku mulakan mukadimah kali ini dengan sedikit ucapan selamat kerana selama ini amat jarang sekali untukku lakukan sedemikian. Bukan mudah untuk aku karang ayat pendahuluan kerana ayat pendahuluan harus dimulai dengan tatatertib dan budi bicara yang sopan dan manis yang jelas sekali bukan sesuatu yang aku gemar lakukan. Post kali ini aku mahu cerita tentang pengalaman dan perjalanan aku on the way nak jadi seorang pelajar universiti.

Ok habis mukadimah. Selepas beberapa saat mengira semasa menaip ni, sudah 13 hari aku di Pahang. Di mana ianya sama dengan tarikh bermulanya puasa a.k.a bulan ramadhan. Pada 4 Jun 2016, aku bercuti di Pulau Pangkor dengan family. It's a short and simple vacation and pergi sana pun rancang saat-saat akhir. Pendek cite, sedang aku bergembira menyoping/membeli belah, aku tergerak hati nak check email. Terkejut monyet la aku tengok dapat email dari Universiti Tenaga Nasional atau Uniten in Diploma in Business Studies di Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. Katanya permohonan saat-saat akhir aku yang mana dah nak tutup dah pun application dia, diterima. Masatu terkejut + keliru + gembira gaul-gaul semua macam gulai dalam diri. Aku inform parents and after beberapa sesi budi bicara dan mesyuarat agung, akhirnya aku dengan redho dan pasrahnya bersedia fizikal dan mental untuk mengharungi hidup di negeri orang sebagai seorang student yang menetap jauh dari family. Masalah paling besar nak buat keputusan nakgi ke takk adalah kerana aku tengah tunggu keputusan rayuan UPU since permohonan aku tak berjaya haritu.

Bila dah balik penang dari Pulau Pangkor, aku baru dapat tahu hari last kena daftar paling lewat 7 Jun dan pada hari berkenaan sudah 6 Jun! Matilanakkk. Pagi tu juga kelam kabut sesiap barang keperluan. Segala macam mak nenek dalam almari baju aku ambil campak ke ruang tamu and kakak aku tolong pack dalam beg (Kerja pack baju ni sapa je suka wey. syukurrrr ya tuhan!!) Aku punya blur pagi tu tayah cite la sampai tak tahu nak mula dari mana. Kena gertak dekk makk baru mula kerja menyumbat segala macam benda dalam beg.

Petang tu, pukul 3 aku bertolak ke Pahang. Sepanjang perjalanan tak tidur bukan sebab nerbes, sedih atau yang sama waktu dengannya, tapi sebab nak tahu jalan mana nak pergi, berapa jam perjalanan dan nak menikmati saat-saat bersama family sebab nanti sebulan kena tinggal dekat Pahang sendirian. Raya baru boleh flyyyyy (bas ok, takdanya flight) balik rumah. Selepas perjalanan selama 8-9 jam dari penang akhirnya sampailah aku di Kuantan. Masih ada 102 kilometer nak sampai Muadzam Shah wo, sendu di hati tak siapa tahu huhu. Bermalam sehari di Kuantan, esok pagi bertolak ke Muadzam Shah. Meredahi lautan kelapa sawit, gunung-ganang serta bukit-bukau. Suka betul tengok tempat luas-luas. I really enjoy nature! Bertolak pukul 10 dari Kuantan sampai MS pukul 12 tengahhari, terus gi daftar.

Muka tu nampak nerves sangatla pulak hm

Proses nak daftar agak susah sebab tempat-tempatnya berbeza. Tawaflah satu family dalam Wisma Sultan Ahmad Shah tersebut :'D Kejap naik lif, kejap turun lif. Masuk keluar tempat yang sama. Penat jangan cakap la, dengan hari pertama puasa lagi. Lepas daftar weols pergi shopping barang keperluan dekat pasaraya Tunas Manja (TMG). Sini tak ada mall, giant, tesco gitu ye kawan-kawan. Tunas Manja ni merata aku jumpa sepanjang perjalanan ke kampus. Ok masa membeli-belah berlangsung lebih lama dari proses mendaftar. 3 kali keluar masuk kedai sebab tak cukup-cukup ahahaha. Semua barang mak and kakak aku yang pilih dan cari sebab aku skema gila taktahu nak beli apa. Sekarang bila fikir balik alhamdulillah cukup semuanya, malah lebih. Couldn't ask more. Lepas hantar barang ke hostel, aku gi buat medical check-up dekat Klinik Sulaiman Muadzam (promote). Ya semua aku buat kat sini sebab tak sangka secepat ini aku nak tinggalkan rumah. Instant 100 persen!

Tak muat woi

Selesai semua maka berangkatlah kita masuk hostel. Best tengok hostel yang luasssss and besar. Ada 3 tempat penginapan iaitu Bestari, Harmoni and tempat aku, Ilmiah, dalam kampus. Yang lain di luar kampus. Nakgi kampus ada bas disediakan setiap sejam. Hostel berupa apartment 2 bilik. 1 bilik 2 orang, 1 rumah 4 orang. Tapi rumah aku menginap sekarang ada 3 orang saja. Aku newbie yang paling lastest di sini jadi mungkin tiada lagi pelajar baru masuk menginap di rumahku ini. Dan ya aku masuk lambat, semua kena catch up sendiri. Di sini aku nak kasi appreciation words for my both housemates Mira and Nuha yang baik hati jaga kita, bawa kita pergi kelas dan kasi tunjuk ajar dan guide kita pasal semua yang berkaitan. Buat aku rasa selesa and seronok. Thank you uolsss! Alhamdulillah setakat ni belum homesick tahap maksima lagi :'D

Waktu sendu masa family nak balik :')

Ini blok aku iaitu blok 3 daripada 4 di Ilmiah. Bestnya sini semuanya perempuan. Malam-malam tak pakai tdg pergi buat group assignment dekat rumah kawan rilek je 

Bilik daku masa mula-mula masuk 2 minggu lalu. Sekarang dah lawa okay hihi

Housemates, Nuha, me, Mira.

Tentang study, harus aku mengaku ia agak tough sebab aku start terus ke chapter 2. Chapter 1 kena catch up sendiri. Alhamdulillah sikit saja! Lagi satu, Diploma Business Studies ni obviously lah math math math plus akaun. Aku yang dari aliran sains tetiba belajar akaun, senak juga rasa dia. Math aku bukan bagus sangat tapi aku gagah jugak apply kos ni. *ketuk kepala sendiri* Tapi aku ada basic akaun sikit sebab masa PMR, aliran KHB aku perdagangan & perniagaan. Tak risau sangatlah. Rasa smooth je yela awal lagi, yang tough-tough tu coming soon la :'D

Kelas pertama, Principle of Financial Accounting dengan Miss Lela yang sporting. I loike!

Sebenarnya ianya agak magik bila difikirkan balik kerana sebelum aku berangkat ke Pahang pada hari isnin, hari jumaat sebelum tu iols and the girls (bffs) spend time sama-sama makan ais kacang and window shopping satu hari. Esok tu pula iols spend time dengan family bercuti di Pulau Pangkor. Lusa terus ke Pahang. Indahkan ketentuan Allah swt? Kini aku tidak sedih lagi :'D

 
Hari ketiga di sini.

 Pst. Part 2 menyusul kemudian. Have a nice day. bye!

1 comment:

  1. wow sempat buat sume dlm sehari. siap buat med check-up kt klinik lgi tuu. express betul. salute awak dik. moga berjaya dlm pelajaran dan selamat merantau di tempat orang.

    ReplyDelete

Watch your words, dude.

PAUSE HERE