Kisah Setiap Semester

Guys, I'm back. I do miss blogging.


Teringat janji aku pada post terakhir itu hari yang aku akan sambung part 2 tapi tak pernah nak ada sebab, aku tak pasti. Sama ada aku sibuk atau malas. Atau kedua-duanya. So, selepas setahun lebih aku hilang, pada hari berbahagia ini aku akan mengupdate sesuatu. Berkenaan life aku di unibersiti, ia sangat pantas berlalu. Sekarang aku dah nak masuk semester lima gais! Lagi seminggu berbaki cuti sem empat ni. Horay! Setiap sem ada kisah-kisahnya. Kebanyakkannya aku dah lupa, tapi banyak jugak aku tak lupa lagi. Hm complicated. 

Masa sem satu, selepas family tinggal aku sesorang dekat pahang, aku mula mengenal erti berdikari. Aku bergantung dengan kawan-kawan baru, mana nak pergi situ pergi sini. Selama satu sem iaitu bersamaan empat bulan aku tak balik rumah. Parents tak dapat datang sebab jauh sangat. Nak balik sendiri tak reti. Cuti sem satu tu aku balik naik bas, transit di Segamat and terus ke Penang. Bertolak petang, sampai esok paginya. Mula-mula memang rasa dugaan betul nak balik rumah sebab separuh hari perjalanan, tapi sekarang satu hari terus! Sebab aku fly. Aku transit di KL and tada, AirAsia muahahahaha. Seronok la tapi sebenarnya lagi penat hahaha.

Flight lepas subuh. Matahari baru naik.

Geng balik utara Malaysia

Ada sekali aku pernah tertinggal bas from TBS to KLIA sebab tak perasan bas dah datang. Luckily bas ada setiap sejam kalau tak flight pon terlepas. Ada jugak masalah lain bila tak cukup masa and terpaksa naik train KLIA Transit which is so costly. Kebanyakkan duit lesap dekat transportation saja. Sedih ah.

Aku masuk unibersiti masa first day puasa 2016. Lepas raya tu aku pindah rumah ke blok lain. Antara sebabnya, satu housemate pindah uni so tinggal berdua je dekat rumah hujung sebelah hutan (boleh refer previous post). Tak mampu lah nak duduk berdua je sunyi sepi. Weols jumpa kawan baru and moved to their house. Now dah cukup satu rumah empat orang. Sebenarnya rumah muat untuk enam orang so ada 2 katil lebih dekat ruang tamu. Weols buat theater room untuk layan movie tengah malam. Inovasi itu perlu ya kawan-kawan. Berbekalkan wifi laju dan rumah sedap, sekelip mata download movie. Jangan siakan bayar yuran bermasuk wifi tu gais.
The new housemates and travelmates

Taknak cakap banyakla pasal housemates ni tapi kalau semua sebulu, macam-macam berlaku. Weols banyak travel around Malaysia. Weols plan untuk pergi satu tempat setiap sem. Sem dua, Kuantan saja sebab baru nak berjinak-jinak katakannn. And also a short trip bermalam di resort dekat Endau Rompin dengan family hosmet. Having barbeque and mandi swimming pool memalam hehe. Sem tiga pergi Gambang Waterpark. Sem empat pergi Sunway Lagoon (gambar diatas) and jalan-jalan around KL sampai nak patah kaki. Sem lima? To be announced.

Semua berlalu dengan sangat pantas. Aku nak cerita satu-satu pun rasa tak mampu untuk satu entri ni. Kalau nak buat entri banyak banyak pun siapa je baca. Em em.

So, masa sem dua aku ada final assignment untuk subject public speaking & presentation dimana ada 4 kumpulan kena bertanding for coral speaking. At first semua kacau bilau sebab tak semua ada experience dalam coral speaking tapi macam mana pun semua berakhir dengan baik, sebab apa? Sebab group aku is the first winner! Horrayyy! All thanks to the captain of the group la kalau bukan dia takkan aku pulak haha meeting pun aku skip terasa tak layak langsung tapi group aku dah menang la group aku dah menang hahaha. 

Untuk subjek marketing, setiap group kena ada satu produk/servis untuk dipasarkan and cara untuk pasarkan adalah kena buat video iklan and present pada hari presentation. Produk/servis tak perlu buat betul-betul pun, hanya perlu fokus kepada marketing the product. Start daripada projek inilah aku mula minat buat video and aku buat video untuk semua assignments aku including group assignments. Terasa bagaikan terlalu banyak idea mencurah-curah bila nak buat video, itu yang seronok sangat tu hahaha. Untuk projek ni, group aku decided untuk buat iklan tentang service photographer! Aku kutip je memana gambar dan video somewhere dekat google and internet and tada, siap. Teringin nak upload tapi semua contents tu adalah hasil curi hahahaha no sebenarnya pinjam saja. Aku compile semua and edit jadi video. Masa presentation projek ni lecturer buat dalam bentuk pertandingan and ada hadiah untuk tempat 1-3 and aku dapat tempat ke 4 daripada 9-10 kumpulan :')

Sem tiga aku buat video assignment for Pengajian Malaysia, dokumentasi konsep 1Malaysia. Aku plan lama untuk buat video ni sebab idea mencurah-curah. Mula dari buat skrip, layout video, shooting, voice recording (shooting tanpa voice sebab skrip panjang sangat, tak kuasa nak hafal ahaks) and editing. Semua berjalan lancar. Shooting ambil masa sehari je and last tu sempat pergi cari bendera untuk scene terakhir. Kalau nak tau kan, bila aku dah ke sem empat, lecturer subjek ni tetiba cakap dekat aku, "I suka video you sem lepas" Aku macam .... Kalau suka kenapa kasi saya B. Madam kasi B pertama saya. *cries

And lastly, sem empat. Kali ni bukan kena buat video tapi kena jual real product secara online. Lecturer tak bagi guideline pun macam mana nak start, macam mana kumpul modal, beli barang, all sort of things. Dia kasi masa 10 minggu untuk berniaga dan kena dapat minimum RM300 untuk dapat markah carrymark marbeles. 30 persen bhai markah projek ni. Bukan benda senang nak kena uruskan stok, cari customer, post barang dan kira modal untung semua. Tapi setiap ahli kumpulan ada tugas memasing so takdela berat sangat bebanan yang harus digalas. So, weols jual chocolate box.


Idea produk ni datang dari aku sendiri. Aku fikir benda ni famous sekarang. Stok pun senang dapat, beli dekat pasaraya berdekatan je memandang aku stay dekat Muadzam Shah yang masih serba kekurangan itu, aku rasa idea ini agak bernas. Banyak suka duka perit duri yang dilalui sepanjang menjayakan projek ni tapi alhamdulillah dah berakhir dah pun. Total yang dapat pun melebihi jumlah minimum harus dikumpul. Total carrymark pun dapat 27/30. Tapi masa presentation weols dapat tengok kumpulan lain punya pasaran lebih kaw. Ada yang dapat RM1000+. Yang bestnya segala duit keuntungan boleh bahagi sesama sendiri. Maksudnya penat lelah berniaga tu ada jugaklah hasilnya hehe.

Tidak dilupa assignment subjek entrepreneurship, berbekalkan polestrin sebagai tapak, every group kena buat/bina satu bangunan dengan bahan sendiri. Bangunan ni terpulang la nak buat apa atau macam mana pun. Yang pasti semasa presentation, ada enam lecturers akan datang menilai sebagai investors and weols kena convince dorang untuk melabur kepada projek bangunan tersebut. Group aku buat .. jeng jeng jeng, Underwater resort. Fyi, projek ni weols tak tumpu sangat. Malam sebelum presentation, weols siapkan bangunan and report sampai tengah malam. Pukul 1AM bangunan siap. Groupmates yang lain balik rumah siapkan report sampai tertidur depan laptop. Aku siapkan slides presentation hingga 3AM. Esok pagi hari presentation baru print report. Alhamdulillah presentation smooth je and guess what? Kumpulan aku dapat tempat kedua! Groupmate aku dapat best presentor award by the lecturers *claps*

Our project. Helipad pon ada tau. Very luxury yum yum

 Semasa presentation. Nebes tahap max.

Aku juga sedikit aktif dengan kokurikulum punya aktiviti and program. Sedikit jela. Aku join program Kembara Sahur anjuran Diploma Club UNITEN. Itu pun sebab classmate ajak jadi naib setiausaha. Mana boleh lepaskan peluangg ini. Harusku genggam demi scorun! Program ni berlangsung semasa ramadhan 2017 dari pukul 1 pagi hingga ke subuh. Pukul 1AM weols packing makanan dekat surau. 3AM gerak ke balai polis, bomba, hospital dan tempat yang beroperasi malam termasuk guard tempat penginapan UNITEN untuk kasi makanan sahur. Ramai join program ni. 5 buah kereta konvoi memalam buta edar makanan ahahaha terasa baiknya diri ini korban waktu tidur demi orang lain ahaks. 

Di surau sebelum program mula

Tengah packing makanan pun ada sesi fotografi ye gais. *im the mosquito on de head

This one baru selesai hantar ke tempat terakhir iaitu 7e. Ahahaha rezeki anda kerja pada malam tersebut

Setiap sem lain-lain aku rasa. Ingat duduk jauh dari rumah ni best ke? Sem satu aku okay je happy-go-lucky nak berdikari. Sem dua aku rasa penat sikit tapi not so bad. Sem tiga aku homesick gila namati. Kecundang tiap-tiap malam teringat nak balik tapi tak buleh balik. Sem empat aku busy tahap nak bernafas pun tak sempat. Kerja banyak tutorial banyak assignments bertimbun. Dengan nak berniaga lagi, study lagi, report lagi, presentation slides segalanya. Juga tak dilupa kuiz dan exam yang menanti. Allahu. Lega semua dah settle. Hanya tinggal lagi dua semester, industrial training and tada, graduation! The reason why aku pilih diploma adalah kerana aku nak grad dua kali. satu diploma, satu ijazah. Hang in thereeee dear self!

Last but not least, my classmates.


We tend to forget that happiness doesn’t come as a result of getting something we don’t have, but rather of recognizing and appreciating what we do have.



PAUSE HERE